Abdul Rahman Daud disambar

Selangor 2 sambar Abdul Rahman Daud, perkukuh barisan jurulatih

Setelah tamat musim 2021, perubahan terhadap skuad bagi pasukan utama Selangor FC mendominasi pengumuman-pengumuman yang dilakukan kelab. Namun pada malam Jumaat, 10 Disember, giliran pasukan simpanan pula untuk mendedahkan perkembangan. Antara yang menjadi perhatian adalah pemain muda yang baru mendapat tumpuan peminat, Abdul Rahman Daud disambar Selangor 2 di samping rombakan barisan kejurulatihan.

Kredit foto Selangor FC

Menurut pengumuman ini, dua tonggak utama pasukan; pemain-pemain pertahanan Azrin Afiq dan Harith Haiqal akan diserap ke pasukan utama musim depan, seperti yang telah diumumkan dua minggu lalu.

Namun sedikit pelik apabila keempat-empat pemain import pasukan yang beraksi dalam Liga Premier ini; Jordan Ayimbila, George Attram, Hein Htet Aung dan Alex Agyarkwa masih dikekalkan secara rasmi sebagai ahli skuad simpanan biarpun dua dari mereka kerap beraksi dengan pasukan utama dalam Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2021. Namun perlu diingatkan semula yang menurut pengarah sukan kelab dan kini ketua jurulatih pasukan utama Michael Feichtenbeiner, mereka hanya dinaikkan pangkat awal akibat krisis kecederaan yang melanda.

Seterusnya, tujuh orang pemain baru telah dibawa masuk dari senarai pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang baru menamatkan pengajian tahun ini. Mereka adalah Alif Farhan, Daniel Edzuan, Fakrul Fareez, Izrin Ibrahim, Aliff Izwan, Nabil Qayyum, dan Abdul Rahman Daud.

Yang paling mencuri perhatian sudah pasti Abdul Rahman, penyerang dengan susuk tubuh baik yang baru-baru ini membuka mata peminat-peminat bolasepak Malaysia, setelah muncul penjaring terbanyak dan pemain terbaik perlawanan akhir Kejohanan Pra U Cup 2021.

Selain berita Abdul Rahman Daud disambar Gergasi Merah, turut penting adalah perubahan dalam saf kejurulatihan pasukan. Mereka yang sebelum ini dipimpin Feichtenbeiner akan mendapat bimbingan bekas bintang Selangor Rusdi Suparman, yang sebelum ini merupakan penolong kepada Feichtenbeiner. Rusdi akan dibantu Nazliazmi Nasir, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ketua dan penolong jurulatih pasukan utama.

Mereka akan dibantu bekas jurulatih AMD Khushairi Abdul Wahab, jurulatih penjaga gol Shuhaimi Abdul Hamid dan bekas jurulatih kecergasan pasukan muda Malaysia, Mashiedee Sulaiman.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

One Reply to “Selangor 2 sambar Abdul Rahman Daud, perkukuh barisan jurulatih”

  1. AntonioBut

    Antara mereka yang bertanggungjawab bagi kejayaan Selangor termasuklah mereka yang pernah menjawat jawatan presiden iaitu : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Harun Idris, Dato’ Hj. Mohd Aini Taib, Tan Sri Hj. Muhammad Muhammad Taib, Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj, Abdul Khalid Ibrahim ; pengurusan : Hamzah Abu Samah, Mohd Noor Khamis, Dato’ Dr.

Leave a Reply

Your email address will not be published.