Aliff Haiqal Selangor FC lwn Melaka United

Bukan kepulangan ideal, tapi perlawanan seterusnya masih ada buat Aliff

Tepat sebulan selepas tarikh kecederaan beliau, Aliff Haiqal Lau kembali beraksi semula selepas menjalani proses pemulihan.

Pemain tengah itu terpaksa diketepikan setelah mengalami kecederaan dalam perlawanan Liga Super menentang JDT pada 28 Julai lalu. Dia yang masuk pada permulaan separuh masa kedua sebagai pemain gantian sebaliknya perlu digantikan tak sampai setengah jam kerana cedera.

Aliff kemudiannya menjalani pemulihan, dan dalam perlawanan liga menentang Melaka United pada 28 Ogos, dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-67. Walaupun mereka sedang mendahului perlawanan pada masa itu, mereka terpaksa bermain dengan 10 orang akibat kad merah yang diterima pemain pertahanan Ashmawi Yakin pada separuh masa pertama.

Namun malang buat pasukan Gergasi Merah, mereka melepaskan gol penyamaan di detik-detik akhir perlawanan dan perlawanan tamat 1-1. Bukan itu saja, peluang mereka untuk memanjat ke tangga kedua liga juga semakin sempit disebabkan gagal mengutip mata penuh.

Baca juga: Apa yang kita lihat dalam pertemuan Selangor-Melaka

Namun buat pemain berusia 21 tahun ini, apa yang penting adalah dapat kembali beraksi setelah kembali pulih.

“Saya gembira dapat kembali beraksi selepas cedera selama sebulan. Kami tidak bernasib baik malam tadi, tapi kami tak akan terlalu gusar.

“Sekarang kami perlu menumpukan fokus terhadap dua perlawanan akhir,” katanya seperti yang dipetik dari laman sosial kelab pada Ahad.

Pemain yang berasal dari Bandar Baru Bangi ini telah banyak dapat beraksi dalam divisyen satu musim ini, dengan 16 penampilan, lapan darinya dalam kesebelasan utama. Musim lalu dia membuat tiga penampilan liga, tetapi itu bukan musim ‘debut’ beliau. Pada musim 2019, hanya lima hari selepas harijadinya yang ke-19, dia membuat penampilan pertamanya dalam liga ini, bersama pasukan PKNS FC menentang Melaka dengan perlawanan berakhir 1-1.

Empat hari berikutnya, Aliff Haiqal Lau membuat penampilan liga terakhir bersama PKNS, dalam pertembungan dengan Selangor yang tamat dengan kemenangan 3-2 buat Merah Kuning. Pada penghujung musim itu, PKNS diserap oleh Selangor dan Aliff merupakan salah seorang pemain Semut Merah yang dikekalkan.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.