Baha dan Yazan mahu

Baha dan Yazan mahu menangi trofi, insya-Allah

Minggu ini menyaksikan kehadiran beberapa orang lagi pemain baru Selangor FC menyertai persediaan pra-musim 2022. Antaranya adalah pasangan bintang Jordan; Baha’ Abdel-Rahman dan Yazan Al-Arab. Dalam sebuah temubual pendek dengan jabatan media kelab, dinyatakan Baha dan Yazan mahu memenangi trofi di kelab baru mereka.

Kredit foto Selangor FC

Baha’ yang bermain di posisi ‘midfielder’ merupakan salah seorang pemain penting pasukan Jordan sehingga kini biarpun sudah berusia 35 tahun, manakala pertahanan tengah Yazan bakal mencapai usia 26 tahun hujung bulan ini.

Kedua-duanya baru selesai beraksi buat pasukan kebangsaan mereka dalam Piala Arab di penghujung tahun lalu, di mana mereka pergi sejauh peringkat suku akhir. Mereka kemudiannya berlepas ke Malaysia, menjalani kuarantin dan baru kini dapat menyertai latihan pra-musim.

Mereka berdua juga ada menyertai perlawanan persahabatan Jordan menentang Malaysia Oktober lalu, yang mereka menangi 4-0.

Dalam temubual dengan kelab, kedua-dua menyatakan mereka Baha dan Yazan mahu memenangi piala musim ini.

Baha’: “Insya-Allah, sasaran kami tahun ini adalah untuk memenangi trofi, jadi dengan usaha bersama pemain, pengurusan dan semuanya, kami akan bawa kelainan tahun ini dan harapnya melalui musim yang baik dan akan memuaskan hati penyokong kami.”

Yazan: “Saya pernah bermain untuk kelab-kelab yang menerapkan mentaliti kemenangan, yang mana sasarannya adalah untuk memenangi perlawanan dan trofi. Baha dan saya dahulu bermain dengan dua kelab terbesar di Jordan dan mereka sentiasa dahagakan kejuaraan dan trofi. Insya-Allah kami mahu bawa Selangor kembali ke landasan kejuaraan, dan memenangi satu, dua trofi musim ini, insya-Allah.”

Mereka juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada sambutan mesra penyokong-penyokong Gergasi Merah terhadap ketibaan mereka.

Yazan: “Kami sangat-sangat berterima kasih kepada penyokong atas sokongan dan ‘engagement’ mereka di media sosial. Saya mendapat banyak mesej dari mereka dan harapnya mereka akan terus mendukung kami dan memberikan keyakinan kepada pasukan kerana kami perlukan kepercayaan penuh mereka. Insya-Allah kami berjanji akan memberikan segalanya buat mereka, dan menggembirakan mereka dengan memenangi trofi.”

Baha’: “Sebulan dua sebelum menyertai Selangor, kami mendapat banyak mesej dari penyokong yang mengalu-alukan kedatangan kami. Jadi kami mahu berikan yang terbaik dan mahu mereka fikir yang baik-baik mengenai kami.”

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.