doktor beritahu Brendan Gan

Video: Brendan beranikan diri dedah penampilan terbaru

Kapten Selangor FC, Brendan Gan diketahui telah disahkan menghidap barah testis beberapa bulan lalu. Pemain Australia-Malaysia itu kini berehat dari aksi bolasepak bagi menjalani rawatan kemoterapi. Namun dia dilihat aktif di laman sosial, memberi sokongan moral dari jauh buat pasukan pada hari perlawanan dan juga memberikan perkembangan terkini mengenai dirinya.

Beliau baru-baru ini memuatnaik satu video mengenai keadaan semasanya. Dia menayangkan gaya terbarunya, yang kini berambut botak licin.

Namun sudah pasti ini bukan pertukaran gaya secara suka-suka. Rawatan kemoterapi yang dijalani pesakit-pesakit kanser menggunakan radiasi, yang seterusnya mengakibatkan keguguran rambut. Ini turut berlaku kepada pemain tengah ini.

Namun menerusi kapsyennya, Brendan masih mengekalkan mentaliti positif yang memang sudah sinonim dengannya.

“Jangan malu atau aib… Terimalah proses ini dan gaya baru yang datang bersamanya!”

Kami di Merah Kuning 24/7 mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pejuang kanser kita yang memang dikenali dengan semangat dan komitmennya di atas dan luar padang. Tidak lupa juga buat keluarganya di Australia, mereka sentiasa berada dalam doa kami.

Baca juga: Apa yang kita lihat dalam pertemuan Sabah-Selangor

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.