doktor beritahu Brendan Gan

‘Ini akan jadi musim yang menakjubkan’ – Brendan

Selain dari pemain-pemain baru musim 2022 Selangor FC yang menyertai latihan baru-baru ini, telah terlihat kelibat seorang lagi pemain yang lama tidak berlatih bersama pasukan, iaitu kapten pasukan utama Gergasi Merah. Dalam satu temubual ringkas yang dikeluarkan kelab pada Sabtu, 8 Januari, Brendan Gan teruja pulang ke latihan bersama-sama pasukan utama.

Kredit foto Malaysian Football League

Musim 2021 pemain tengah ini terpaksa ditamatkan awal setelah beliau disahkan mengidap barah testis pada pertengahan tahun lalu. Dia serta-merta menjalani rawatan, dan setelah itu hanya melakukan latihan kecergasan untuk kembali dapat beraksi.

Kini, semasa tempoh persediaan pra-musim 2022, pemain berusia 33 tahun ini baru dapat kembali berlatih bersama-sama pasukan, dan dia teruja dapat kembali ke padang.

“Bagus sekali dapat kembali berlatih dengan Selangor, Merah Kuning, Gergasi Merah. Ini akan menjadi satu musim yang menakjubkan dan saya gembira dapat kembali ke padang latihan setelah sekian lama. Seronok dapat jumpa rakan-rakan sepasukan dan harapnya akan ada perkara yang lebih baik.

“Susunan barisan kejurulatihan yang baru, ramai yang kami sudah kenali, jadi ia masa yang menarik untuk kembali ke padang latihan bersama pemain-pemain pasukan utama dan Selangor 2. Ada pemain-pemain muda yang telah mendapat laluan untuk naik ke pasukan utama. Ini tahun yang mengujakan dan harapnya kami dapat membanggakan semua warga Selangor.

“Dapat pulang ke padang dan mengatasi cabaran merupakan motivasi buat saya. Saya juga akan memberi motivasi kepada rakan-rakan dalam latihan dan permainan. Terima kasih semua!”

Bintang Harimau Malaya ini telah bersama Selangor sejak musim 2020 dan melakukan 22 penampilan dan empat jaringan dalam Liga Super. Setelah kontrak asalnya tamat pada penghujung musim lalu, ia diperpanjangkan buat semusim lagi tahun ini.

Selain Brendan Gan teruja pulang, bintang-bintang pasukan utama juga kembali secara berperingkat-peringkat seperti pemain-pemain tempatan baru dan pemain-pemain Malaysia yang menyertai Piala AFF tempoh hari.

Kini tinggal empat anggota yang dijadualkan kembali iaitu bintang Singapura Safuwan Baharudin, dan pemain-pemain import baru, Yazan Al-Arab, Baha’ Abdel-Rahman dan Herlison Caion.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.