CEO Selangor sahkan tawaran

‘Ya, mungkin kami idealistik’- CEO Selangor FC

Selangor FC baru-baru ini menamatkan kempen Liga Super 2021 di tangga kelima, yang mengulangi penamat yang sama dalam kempen tahun lalu, dan sudah pasti sedikit mengecewakan penyokong-penyokong Merah Kuning. Baru-baru ini penulis berkesempatan menemubual Johan Kamal Hamidon, ketua pegawai eksekutif kelab, yang mana menurut CEO Selangor, Liga Super musim ini tidak ditamatkan dengan baik.

Kredit foto utama Selangor FC

“Kami tidak memenuhi sasaran mendapat tempat dalam Piala AFC, sebagai naib juara liga 2021. Pelbagai halangan yang dihadapi musim ini seperti Covid-19, persediaan pra-musim yang pendek, jadual perlawanan yang ada kalanya terlalu padat, jumlah kecederaan. Gaya permainan yang ketua jurulatih (Karsten Neitzel) mahukan adalah sangat ‘demanding’, jadi isu-isu ini tidak membantu.

“Ini membawa kepada keputusan yang tak konsisten dan bolos di saat-saat akhir dalam empat atau lima perlawanan, yang seterusnya menyebabkan keciciran mata atau kekalahan. Jika dilihat, mata yang keciciran tadi sebenarnya boleh melonjakkan kami ke tangga kedua.

“Tapi ada positifnya seperti peluang bermain yang diberi kepada pemain-pemain muda dan mereka akan hanya bertambah baik dalam musim-musim mendatang,” jelas Johan sewaktu dihubungi Merah Kuning 24/7 Ahad lalu melalui telefon.

Pegawai pasukan berusia 33 tahun ini juga mengakui peranan staf teknikal dalam kesulitan musim ini.

“Barisan teknikal juga semakin memahami realiti bolasepak Malaysia, apa yang berkesan dan apa yang tidak. Ini merupakan musim pertama Karsten di sini dan ada keputusan-keputusan yang dilakukan, tidak membawa hasil yang diingini. Saya tak boleh jelaskan dengan terlalu mendalam, tapi ini adalah keputusan-keputusan yang nampak baik di atas kertas, tapi di atas padang ia sebaliknya.

“Apabila staf teknikal semakin sensitif dan memahami liga Malaysia, sudah pasti ini akan membawa peningkatan pada musim depan,” jelasnya yang juga menambah bahawa ada perubahan ini sudah diterapkan bagi persediaan dalam Piala Malaysia.

Penulis juga bertanya kepada Johan, samaada kesulitan yang dialami staf teknikal dan pengurusan dalam memacu pasukan adalah disebabkan perancangan yang terlalu ‘idealistic’ atau bercita-cita tinggi. Ini jawapannya:

“Perancangan yang dibuat pihak pengurusan sentiasa berteraskan niat untuk mewujudkan suasana yang stabil dan kondusif supaya persembahan terbaik dapat dihasilkan, ini seperti keperluan luar padang, kebajikan dan kewangan. …Ini mandat nombor satu kami.

“Ya, mungkin kami idealistik dan juga ‘ambitious’, dari segi perancangan yang kami rencanakan, dan menyangkakan yang hasilnya akan muncul lebih cepat. Tapi cita-cita tinggi adalah sentiasa bagus dan bolasepak memerlukan masa sedangkan kami tak ada sumber kewangan yang besar untuk menandatangani pemain-pemain bintang. Pemain-pemain muda yang kami gunakan juga perlukan masa untuk mengumpul pengalaman dan kadang kala mereka sukar bermain baik

“Barisan teknikal dan jurulatih-jurulatih juga perlu bergerak bersama dan ini bukan senang kerana ia hanya boleh diterapkan oleh mereka yang berkelayakan. Tapi kami tahu kawasan yang perlu diperbaiki dan ini sudah dimulakan.”

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.