DNA Selangor sasarkan kemenangan

DNA Selangor turut mensasarkan kemenangan

Tahun ini merupakan musim ketiga Selangor FC berada di bawah seliaan pengarah sukan kelab Michael Feichtenbeiner, dengan pasukan-pasukan Gergasi Merah beroperasi menggunakan ‘DNA Selangor’ yang beliau telah rangka. Dalam sebuah temuramah dengan jabatan media kelab, dia bertegas yang DNA Selangor sasarkan kemenangan, dan bukan pembangunan semata-mata.

Kredit foto Selangor FC

Pengendali dari Jerman itu menjelaskan kemajuan yang telah berlaku di bawah program DNA Selangor.

“DNA Selangor FC yang kami sasarkan sebelum ini, berteraskan menyediakan dan melahirkan bakat-bakat muda bermain di pentas yang lebih tinggi, juga telah nampak perkembangannya, terutamanya apabila pemain muda dilihat mampu membawa impak yang positif kepada pasukan bukan sahaja di peringkat kelab tetapi juga kebangsaan,”

“Ini adalah tahun kedua di mana Selangor FC melaksanakan sistem itu merentasi semua peringkat umur, dari persediaan pemain-pemain belia sehingga ke pasukan utama. Hubungan dan persefahaman pemain-pemain ini penting kerana ia akan membolehkan peralihan yang lebih baik, mereka dapat dinaikkan dan terus berkembang serta bermain di peringkat lebih tinggi.

“Kita boleh lihat perkembangan dan hasil sistem ini apabila beberapa pemain yang dinaikkan pangkat ke pasukan utama, menunjukkan peningkatan yang baik di peringkat senior dan beberapa daripada mereka juga telah dipanggil untuk bermain bersama pasukan senior negara,” nyata Michael.

Namun dia bertegas bahawa DNA Selangor sasarkan kemenangan juga, dan bukan sekadar membangunkan pemain.

“Ini juga mewujudkan keseimbangan yang baik dan suasana yang hebat dengan campuran pengalaman pemain-pemain senior dan bakat-bakat muda dalam satu pasukan.

“Kami faham bahawa pembangunan akan mengambil masa kerana apa yang kami cuba bina di sini adalah suatu proses jangka panjang demi masa depan Selangor. Akan tetapi, kemenangan sentiasa menjadi keutamaan kami dan ini akan menjadi matlamat kami sepanjang musim ini,” tambah Michael yang juga merupakan ketua jurulatih pasukan utama musim ini.

Sudah pasti kita penyokong mahu lihat komitmen kepada kemenangan yang dinyatakan Michael itu. Seperti yang Merah Kuning 24/7 nyatakan awal minggu ini, tahun 2022 bukan lagi musim di mana penyokong-penyokong Gergasi Merah boleh lagi ‘Trust the process‘ dan diberi alasan-alasan biasa apabila perlawanan gagal dimenangi, setelah tiga musim sebelum ini tamat hambar bagi pasukan utama Selangor.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.