doktor beritahu Brendan Gan

Doktor pernah beritahu Brendan ada enam bulan untuk hidup

Kini seluruh pasukan Selangor FC sedang melakukan persediaan bagi musim 2022, termasuklah ketua pasukan. Ia merupakan laluan yang getir baginya setelah bergelut dengan barah pada tahun lalu. Dalam sebuah temubual dengan Astro Arena, dikatakan yang ketika itu, doktor beritahu Brendan Gan yang dia hanya ada enam bulan untuk hidup.

Kredit foto Malaysian Football League

Pada pertengahan tahun lalu, pemain ‘midfielder’ ini mengumumkan dia telah disahkan menghidap barah testis, dan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi. Rawatan itu dilihat berkesan dan bintang Malaysia ini telah kembali berlatih bersama-sama pasukan dalam persediaan pra-musim.

“Tiada siapa mampu jejas mentaliti saya,” jelas pemain berusia 33 tahun ini kepada wartawan, Zulhelmi Zainal Azam.

“Keadaan saya bertambah baik dan ketika ini perlu menjalani beberapa penilaian, saya sangat gembira kerana kembali menjalani latihan. Sepanjang proses pemulihan, saya mengalami penurunan berat badan dan saya telah berkerja keras untuk menangani masalah ini serta untuk kembali menemui tahap kecergasan terbaik. Saya berharap apa yang telah diusahakan mampu memberikan manfaat kepada saya ketika beraksi bersama Selangor nanti.

“Ketika saya mengetahui saya mengalami masalah kesihatan ini, doktor telah memberitahu bahawa saya hanya memiliki enam bulan untuk hidup, ia telah begitu menjejaskan saya kerana saya telah mengharungi naik turun sepanjang karier saya.

“Saya telah melatih minda dan serta mentaliti kuat untuk mengharungi sebarang cabaran dalam hidup. Saya berjaya menjadikan perkara negatif kepada positif dan bagi saya, tiada sesiapa yang mampu menjejaskan minda saya dan sentiasa percaya dengan apa yang mampu saya lakukan.”

Pemain kelahiran Australia itu kini mahu membawa pasukan ke landasan kejayaan pada musim ini.

“Bagi saya, sentiasa musim Selangor memiliki barisan pemain yang berkualiti, sekarang kami dalam usaha untuk memastikan setiap pemain ini dapat beraksi bersama sebagai satu unit. Bolasepak adalah sukan berpasukan kualiti secara kolektif membantu pasukan menjuarai gelaran, memenangi perlawanan.”

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.