FAS Women Super League

FAS umumkan Liga Super Wanita, bakal bermula 29 November

Pada Rabu, 14 Oktober, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengumumkan mengenai penganjuran FAS Women Super League, ataupun Liga Super Wanita FAS.

Di laman Instagram persatuan, pengumuman ini dilakukan menerusi sebuah video promosi, dan FAS memberikan sedikit butir-butir mengenai penganjurannya.

Ada beberapa acara yang dijalankan sebagai persediaan bagi Liga Super Wanita FAS, seperti taklimat undang-undang permainan pada 19 Oktober, klinik bolasepak wanita pada 24 dan 31 Oktober, dan pelancaran rasmi dan cabutan undi pada 20 November. Ini akan disusuli permulaan kempen Liga Super Wanita FAS pada 29 November.

FAS juga menambah komen mengenai pertandingan ini:

“Dibuka untuk semua wanita. Nantikan pengumuman dari pihak FAS mengenai pendaftaran pula.”

Berita mengenai penganjuran liga ini pernah didedahkan oleh setiausaha agung FAS Izrin Nabil dalam sebuah temubual radio pada bulan Ogos lalu.

Dalam temubual itu, Izrin menyatakan hasrat untuk menganjurkan sebuah liga wanita di negeri Selangor, di samping menyambung semula liga-liga di bawah kelolaan yang telah ‘terkandas’ buat beberapa ketika akibat penularan wabak Covid-19.

Pengumuman penganjuran FAS Women Super League ini dilihat sebagai langkah progresif dalam sebuah negara yang industri bolasepaknya dilihat tidak begitu menitikberatkan penglibatan kaum hawa dari segi bermain, apatah lagi penganjuran liga wanita ini telah diumumkan dahulu FAS sebelum bersambungnya liga lelaki.

Pengumuman ini mendapat respon-respon positif di Twitter, termasuklah pelakon terkenal Sharifah Amani yang menulis ciapan ringkas dengan emoji sokongan.

“Ini masa kami” tulis Lynn Choo.

“Saya tahu bidang saya adalah permainan video, tapi ini membuatkan saya betul-betul gembira. Ada ramai wanita-wanita berbakat dalam bidang sukan dan ini memang patut diketengahkan.”

Seperti ramai penyokong Selangor tahu, bukan senang nak dapat pujian dari @anakmemberontak.

Harapnya inisiatif FAS ini dapat dituruti persatuan negeri-negeri lain bagi memastikan kaum wanita Malaysia juga turut dapat melibatkan diri dalam sukan nombor dunia ini. Buat masa ini, hanya Piala Tun Sharifah Rodziah anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia yang diketahui pertandingan tahunan di kalangan pemain-pemain wanita di negara ini. Namun ia sudah dua tahun tidak dapat dijalankan akibat Covid-19.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.