finalis Liga-liga FAS

Finalis Liga FAS ‘Return to Play’ ditentukan

Sepanjang hujung minggu lalu, perlawanan-perlawanan separuh akhir bagi liga-liga lelaki negeri Selangor telah dijalankan, dan akhirnya finalis Liga-liga FAS (Persatuan Bolasepak Selangor) dalam format ‘Return to Play’ telah ditentukan.

Kredit foto FAS

Dalam Bahagian 1, Padang Jawa menewaskan ISMA Shah Alam 2-0, manakala Puchong Hunters dikekang Perlima United 1-1 sebelum berjaya menang 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua perlawanan dimainkan pada Sabtu, 11 Disember.

Dalam divisyen Perdana pula, MP Sepang ditumbangkan UiTM 6-1, manakala kelab bersejarah yang telah ditubuhkan pada tahun 1914, TPCA menumbangkan Bukit Kapar 2-0. Kedua-dua pertembungan ini dimainkan pada Sabtu, 11 Disember.

Aksi divisyen tertinggi, divisyen Super menyaksikan MBSA FC menang 2-0 ke atas Teleflow manakala PIB FC menumbangkan MPKJ FC 3-0. Kedua-dua perlawanan dimainkan pada petang Ahad, 12 Disember.

Berikut merupakan tarikh pertemuan finalis liga-liga FAS bagi tiga divisyen ini: Perlawanan akhir Bahagian 1 dan divisyen Perdana akan dimainkan pada Sabtu ini, 18 Disember, manakala perlawanan akhir divisyen Super akan dimainkan pada hari Ahad, 19 Disember.

Peringkat kumpulan divisyen Joma pula akan tamat dengan dua perlawanan kumpulan terakhir akan dimainkan pada malam Selasa, 14 Disember, di antara empat pasukan.

Dalam saingan Liga Super Wanita (WSL) pula, keempat-empat perlawanan kumpulan dimainkan pada malam Isnin, 13 Disember walaupun tertangguh seketika akibat hujan lebat. Dalam Kumpulan A, Footsouls masih belum menemui kemenangan setelah seri 1-1 dengan UiTM, manakala SWAT menang kali kedua setelah menumbangkan Radia Ladies 7-0.

Aksi Kumpulan B menyaksikan MBSJ menang besar ke atas Rhym Rovers 15-0, dengan Farahiyah Ridzuan menjaringkan hatrik dalam tempoh tiga minit. Pasukan wanita Negeri Sembilan FC pula menang 3-0 ke atas Leopard FC.

Kini SWAT mendahului Kumpulan A manakala MBSJ mengungguli satu lagi kumpulan.

Kesemua perlawanan-perlawanan ini, kecuali aksi divisyen Joma, telah dilangsungkan di Radia Arena, Bukit Jelutong.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.