Gergasi muda sertai kejohanan jemputan bulan ini

Gergasi muda, JDT sertai kejohanan jemputan AMD

Dalam perbualan telefon di antara Merah Kuning 24/7 dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kelab Johan Kamal Hamidon minggu lalu, dia mendedahkan yang Selangor FC merancang untuk menghantar pasukan-pasukan Gergasi muda sertai kejohanan jemputan pada bulan ini.

Kredit foto utama

Seperti yang sudah diketahui ramai, liga peringkat umur B-19 dan B-21 kebangsaan kendalian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dibatalkan baru-baru ini, buat tahun kedua berturut-turut berikutan wabak Covid-19.

Baca juga: Pembinaan semula Selangor terjejas, Piala Belia, Presiden batal lagi

Keputusan ini dilihat mengecewakan banyak pihak, yang menyatakan ia akan membawa kesan jangka panjang kepada pembangunan pemain bukan sahaja di Selangor, tetapi juga di kelab-kelab lain.

Namun Johan menyatakan yang kelab telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan pemain-pemain muda mereka kekal mendapat aksi perlawanan pada tahun ini.

Yang pertama adalah penyertaan mereka dalam sebuah kejohanan kecil pada pertengahan bulan ini, yang akan turut disertai pasukan-pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan tuan rumah, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang juga merupakan akademi bolasepak kebangsaan Malaysia.

“Sejak pembatalan ini diumumkan, kami sudah berbincang dengan AMD yang akan menganjurkan sebuah pertandingan pada pertengahan Oktober di Gambang, Pahang (lokasi AMD), bersama-sama JDT.

“Pertandingan bersifat tiga penjuru ini akan melibatkan kedua-dua pasukan Piala Belia dan Piala Presiden kami,” jelasnya.

Satu lagi perancangan melibatkan liga negeri Selangor, yang dijadulkan akan berjalan semula selepas kerajaan melonggarkan sekatan ke atas sektor sukan dan rekreasi.

Pasukan-pasukan Piala Belia dan Presiden Selangor FC memang kebiasaannya turut bermain dalam liga negeri.

“Kami juga telah berkomunikasi dengan FAS (Persatuan Bolasepak Selangor) yang akan menyambung semula Liga FAS pada November hingga hujung Januari [2022], jika mendapat kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Kedua-dua pasukan Gergasi muda sertai kejohanan ini, pastinya,” jelas Johan kepada penulis apabila dihubungi Ahad lalu.

Selangor FC juga mempunyai satu lagi perancangan menurut Johan, tapi beliau enggan menerangkannya secara lebih lanjut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.

Follow laman Facebook kami!

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.