Hein Htet Aung Piala Malaysia

Htet Aung nak menang Piala Malaysia

Selepas menampilkan persembahahan memberangsangkan dengan skuad utama dalam Liga Super, sasaran terkini bintang muda Myanmar Hein Htet Aung, Piala Malaysia dan memenanginya untuk Selangor FC.

Kredit foto utama Selangor FC

Ini adalah apa yang dikatakannya kepada wartawan The Star, T. Avineshwaran dalam satu temubual ringkas. Baca artikel asal di sini.

Pemain serangan berusia 19 tahun ini tidak perlu menanti lama untuk membuktikan keupayaannya. Hanya beberapa perlawanan dengan pasukan simpanan Selangor di Liga Premier selepas hadir di awal musim ini, dia diberi kepercayaan untuk bermain dalam divisyen satu.

Menepati reputasinya sebagai penyumbang bantuan gol terbanyak dalam liga-liga Asia Tenggara musim 2020 dengan sembilan ‘assist’, bekas pemain Hantharwady United ini menunjukkan kombinasi baik dengan penyerang Ifedayo Olusegun, melakukan enam ‘assist’ dan mengutip dua gol.

Dia menyifatkan Liga Super Malaysia sebagai salah sebuah liga terbaik di rantau ini.

“Saya hanya buat apa yang orang lain turut lakukan. Saya berlatih bersama-sama pasukan, pergi ke gim dan melepak dengan kawan-kawan. Malah Neymar telah memberikan saya inspirasi menerusi kreativitinya,” jelas Htet Aung sambil menjelaskan peranan bintang Brazil Neymar Jr sebagai idolanya.

“Semasa saya menyertai Selangor 2, sudah tentu sasaran saya adalah untuk dinaikkan pangkat ke pasukan Liga Super, dan saya gembira mendapat peluang ini. Saya bekerja keras untuk mendapatkannya kerana pada saya, Liga Super adalah salah satu liga terbaik di Asia Tenggara.

“Jurulatih (Karsten Neitzel) berikan saya peluang dan mempercayai saya. Dia adalah jurulatih terbaik dalam liga ini bagi saya.

“Saya juga bersahabat baik dengan rakan-rakan sepasukan, dan inilah sebabnya saya dapat bermain baik dengan mereka. Saya berbangga dapat bermain untuk Selangor, ia merupakan pengalaman yang baik.”

Setelah tamatnya saingan liga, kini tumpuannya beralih; bagi Htet Aung, Piala Malaysia harus dimenangi .

“Saya berharap kami dapat bermain baik. Sasarannya adalah untuk memenanginya! Bukan saja untuk saya, tapi rakan-rakan sepasukan juga mahu merangkul kejuaraan,” jelasnya.

Selangor akan membuka kempen Piala Malaysia 2021 dalam Kumpulan B pada Ahad, 26 September, dengan melayani kunjungan Perak FC di Stadium MBPJ.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.