Hyuri Henrique optimis

Hyuri optimis melihat kualiti Selangor musim ini

Musim 2022 menyaksikan pasukan utama Selangor FC menggantikan hampir kesemua pemain import mereka. Salah seorang dari mereka, penyerang dari Brazil berusia 30 tahun, Hyuri Henrique optimis dengan peluang Gergasi Merah musim ini setelah melihat kualiti pasukan barunya ini, seperti yang dijelaskannya dalam sebuah temubual dengan Malaysian Football League.

Kredit foto Selangor FC

Beliau sebelum ini banyak beraksi di negara kelahirannya termasuk dua musim di China, dan pada penghujung tahun lalu sempat singgah bermain dalam divisyen dua Emiriah Arab Bersatu sebelum menyertai Selangor bagi musim ini.

Hyuri menjelaskan yang biarpun tidak banyak mengetahui mengenai bolasepak Malaysia sebelum ini, pendapatnya berubah selepas tiba di Shah Alam, dan menyertai pasukan barunya.

“Semuanya baik, rakan sepasukan juga bagus, mereka semua ada kualiti. Sebelum datang saya sukar nak bayangkan bolasepak Malaysia tetapi saya bersembang dengan pemain-pemain yang sudah ada di sini dan buat kajian sendiri mengenai Selangor dan bolasepak Malaysia, saya amat terkejut. Saya gembira berada di sini sekarang.

“Ya mereka ada kualiti dan bagus dapat melihatnya dalam dua perlawanan persahabatan pertama kami. Pemain-pemain muda juga ada mutu, ‘coach’ Michael [Feichtenbeiner] dapat mengurus gabungan pemain berpengalaman bersama pemain muda dengan baik, jadi adunan sebegini akan membawa kebaikan buat Selangor,” jelas Hyuri Henrique optimis kepada wartawan, Dayne Azmin.

Ketibaannya bersama seorang lagi pemain serangan dari Brazil, Herlison Caion sudah tentu menjemput perbandingan dengan bekas penyerang Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang muncul penjaring terbanyak Liga Super Malaysia 2020 dan 2021.

Malah dia menyarung jersi bernombor 12 yang telah ditinggalkan bintang asal Nigeria itu.

“Ifedayo merupakan pemain yang baik dan saya ada menonton video-video Selangor dan dia banyak melakukan jaringan.

“Tetapi kami ada skuad yang baik dan penyerang-penyerang seperti Caion yang telah bermain baik dalam liga Thailand. Saya percaya kepada rakan-rakan sepasukan dan kami boleh membawakan yang lebih baik musim ini,” kata bekas pemain Clube de Regatas Brasil ini.

Dia telah pun menunjukkan potensinya sebagai peledak. Dalam perlawanan persahabatan menentang Kelantan FC Ahad lalu, Hyuri menjaringkan satu gol ‘poacher’ dalam perlawanan yang dimenangi 3-1 oleh Selangor.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.