jersi Ifedayo Olusegun

Penyokong Selangor berpeluang menangi jersi ‘matchworn’ Ifedayo

Berita baik buat penyokong Gergasi Merah. Anda berpeluang memenangi sehelai jersi Ifedayo Olusegun, bintang Selangor FC yang merupakan pemenang kasut emas Liga Super musim ini dan juga penjaring gol terbanyak semusim dalam sejarah liga ini.

Kredit foto Malaysian Football League

Lebih menarik lagi, jersi ini merupakan jersi ‘matchworn’, ataupun sudah dipakai penyerang yang berasal dari Nigeria ini sendiri, dalam perlawanan liga menentang Penang FC pada 30 Julai lalu. Ia merupakan jersi ketiga Selangor musim ini, iaitu jersi serba merah.

Peraduan tidak rasmi ini dikelolakan oleh Ifedayo sendiri, menerusi laman Instagram beliau. Dan dalam posting ini, dia menyatakan sebabnya.

“Saya sudah lama mengidam mahu menjaringkan gol dari jarak jauh seperti ini. Tidak diragui, ia merupakan salah satu jaringan terbaik saya. Jadi saya akan memberikan salah satu jersi saya, dari perlawanan ini.”

“Pemenang akan menerima jersi ini dari saya sendiri di pusat latihan Selangor FC dalam tempoh beberapa hari lagi. Terima kasih kerana sentiasa menyokong.”

Penyerang berusia 30 tahun ini menyertakan satu video pendek, gol sensasi yang dijaringkannya dalam sebuah perlawanan yang memang diingati ramai.

Terpaksa bermain dengan ramai pemain muda di tempat lawan yang pernah mengejutkan Gergasi Merah di awal musim, Ifedayo membuka jaringan menerusi penalti yang kemudiannya disamakan tuan rumah sebelum separuh masa pertama tamat. Di awal separuh masa kedua, skuad Harimau Kumbang dihadiahkan dua sepakan penalti yang meragukan, namun kedua-duanya gagal mereka sempurnakan. Sebaliknya pasukan pelawat yang menambah dua lagi jaringan, dan Ifedayo menambah kutipan gol peribadi pada lewat permainan.

Semasa mengambil sepakan percuma, bintang muda Myanmar Hein Htet Aung menyedari yang penjaga gawang Penang Sam Somerville berada di luar kawasannya dan menghantar bola kepada Ifedayo yang berada berhampiran bulatan di tengah padang. Ifedayo lantas membuat percubaan jarak jauh dari situ, daripada jarak lebih kurang 45 meter, dan bola itu menjunam masuk ke dalam gol, gagal ditepis Sam untuk menjadikan keputusan akhir 4-1.

Cara-cara menyertai pertandingan ini adalah mudah, menurut Ifedayo:

1) Tulis komen di ‘post’ Instagram Ifedayo tadi

2) Komen yang mendapatkan jumlah ‘like’ terbanyak akan dipilih sebagai pemenang

Jadi apa tunggu lagi penyokong-penyokong Selangor? Ini peluang anda untuk menangi jersi Ifedayo Olusegun yang dipakainya dalam satu perlawanan yang diingati ramai; sudah pasti ia merupakan sebuah barang maha ekslusif. Di ‘online store‘ kelab pun kelihatan sudah habis.

Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.