Karsten Neitzel pelik Selangor

Karsten Neitzel pelik Selangor banyak lakukan ‘backpass’

Setelah anak-anak buahnya kalah 3-1 kepada Terengganu FC dalam pertemuan Kumpulan B Piala Malaysia mereka pada Ahad, ketua jurulatih Karsten Neitzel pelik Selangor FC tidak melakukan apa yang dimahukannya dalam separuh masa pertama.

Kredit foto Selangor FC

Pasukan tuan rumah dilihat longlai dan tidak agresif pada babak pertama dan mengakibatkan mereka dibolosi hasil jaringan Faisal Halim.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium MBPJ, pengendali dari Jerman itu menyatakan yang pasukannya gagal menghasilkan corak permainan yang dikehendakinya.

“Pasukan saya tidak bermain dengan baik dalam separuh masa pertama. Mereka buat kesalahan-kesalahan semasa memegang bola, menghantar bola ke belakang. Saya tak tahu kenapa.

“Mereka juga tidak agresif untuk menguasai bola dan tidak melakukan larian dari dalam. George [Attram], Danial [Asri] dan Nik [Sharif Haseefy] tidak melakukan ‘pressing’ dan pertahanan kami pula terlalu kerap dicabar pasukan lawan,” jelas Karsten.

Namun persembahan mereka bertukar corak selepas rehat, dibantu kemasukan Shahrel Fikri Fauzi yang mempamerkan persembahan garang. Dia menghasilkan gol tunggal Selangor, sayangnya kesilapan-kesilapan penjaga gol Khairulazhan Khalid menyebabkan dua lagi gol untuk Sang Penyu.

“Saya ada berbincang dengan Eky (Shahrel) minggu ini untuk memanjangkan masa permainan beliau, dan katanya dia okey untuk bermain selama 45 minit. Harapnya dia akan dapat bermain lebih lama selepas ini,” jelas Karsten mengenai penyerang yang baru pulih dari kecederaan ini.

Kekalahan semalam merupakan kekalahan keempat anak-anak buah Karsten kepada Terengganu dalam kesemua empat pertembungan musim ini, setelah tumpas 3-1 dan 2-1 dalam saingan Liga Super, dan 2-1 dalam perlawanan terdahulu Kumpulan B di Kuala Terengganu.

Ia turut mengesahkan Gergasi Merah layak ke saingan suku akhir sebagai naib juara Kumpulan B. Mereka akan bertemu sama ada Kuala Lumpur City atau Sarawak United.

Rabu ini mereka akan ke Ipoh berhadapan dengan Perak FC dalam perlawanan pelengkap jadual peringkat kumpulan. Sudah pasti mereka harus memberikan persembahan yang lebih baik jika ingin membuktikan yang mereka mampu pergi jauh dalam saingan kalah mati. Tak mahu lagi kita lihat Karsten Neitzel pelik Selangor gagal lakukan apa yang sudah diarahkan sebelum perlawanan.

Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

One Reply to “Karsten Neitzel pelik Selangor banyak lakukan ‘backpass’”

  1. Reefreev

    Nth ape la yg spe”sial” kat asmawi yakin di mata coach jerman tu. Tgk² la statistics sekali sekala bahawa kalo si asmawi x brp yakin tu main CB mesti selangor klh. Dia dah patut convert posisi atau convert kelab terus carik team lain Fizikal out body pendek dah tak relevan main CB. Malu la jumpa 4 kali terengganu musim ni semua klh. Bkn power mana pun diorg. Kat liga pn no 4 selangor no 5. X jauh beza. Cuma si coach je x hbis² buh line up yg bukan².

Leave a Reply

Your email address will not be published.