Karsten Neitzel sesali peluang

Karsten perbetul tanggapan tidak turunkan skuad terbaik

Sekembalinya aksi Piala Malaysia dari rehat panjang kerana jendela perlawanan antarabangsa, Selangor FC menentang Kuching City dalam Kumpulan B sebanyak dua perlawanan berturut-turut. Menentang pasukan Liga Premier tersebut, pemain muda dilihat mengisi majoriti kesebelasan utama Gergasi Merah, dengan perlawanan Sabtu lalu disudahi kemenangan bergaya 5-1 dan pertembungan terbaru tamat dengan kemenangan tipis 2-1. Namun ketua jurulatih Karsten Neitzel perbetul tanggapan; pemilihan skuad ini tidak dilakukannya untuk menyimpan tenaga pemain-pemain yang lebih senior.

Kredit foto liga3-online.de

Bercakap kepada wartawan selepas tamat kemenangan malam Rabu, pengendali dari Jerman itu menyifatkan anak-anak buahnya gagal bermain sama baik seperti Sabtu lalu.

“Bagi saya senang saja; keputusan baik tetapi gaya bermain tidak. Pemain-pemain saya lakukan banyak kesilapan semasa memiliki bola dan tidak mengambil keputusan yang tepat. Hasilnya mereka tidak bermain secara lancar.

“Perlawanan hujung minggu lalu lebih baik, tapi yang dikira adalah keputusan akhir dan keputusannya baik bagi kami. Apa keputusan Terengganu menentang Perak?”

Jawab seorang wartawan mengenai satu lagi perlawanan Kumpulan B yang berlangsung pada masa yang sama, melibatkan pendahulu kumpulan: “Terengganu menang.”

“Okey, kalau begitu kami sudah layak ke suku akhir,” sambung Karsten. “Itulah sasaran pertama, sekarang kami ada dua lagi perlawanan dan kami mahu berjaya dalam baki saingan kumpulan pula.”

Bagaimanapun apabila ditanyakan mengenai kesebelasan utamanya dalam kedua-dua perlawanan menentang Kuching, dia mengambil peluang; Karsten Neitzel perbetul tanggapan bahawa ini bukan skuad simpanan.

“Saya tidak merehatkan sesiapa. Semua mereka adalah pemain yang saya ada dan harapnya akan ada lagi yang pulih semula supaya saya ada lebih banyak pilihan bagi memilih kesebelasan utama.

“Sekarang pun hanya ada Yan (Khairulazhan Khalid), Safuwan [Baharudin] [sebagai pemain utama]. Tidak mengapa, jika mereka menjalankan ‘recovery’ di pusat latihan dan secara peribadi, mereka mampu bermain dalam tiga perlawanan atau lebih dalam tempoh seminggu,” jelas pengendali berusia 53 tahun ini.

Dia juga menidakkan yang setelah berjaya layak ke suku akhir, mereka akan berusaha memburu takhta kumpulan supaya bertemu dengan pasukan yang lebih mudah dalam pentas suku akhir.

“Oh tidak, tidak sama sekali.”

“Jika kami bertemu Sarawak, Kuala Lumpur atau Penang [dari Kumpulan A], sama saja. Kami harus menghadapi mereka,” tegasnya.

Ahad ini, Selangor akan berhadapan pasukan pilihan Terengganu FC di laman sendiri, dengan mereka dibezakan dengan tiga mata dari Sang Penyu.

Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.