Karsten Neitzel tidak mahu

Karsten tak mahu terburu-buru dapatkan semula khidmat Brendan

Minggu lalu, penyokong Selangor FC mendapat berita gembira apabila kapten pasukan Brendan Gan dilihat kembali ke padang dalam sesi latihan Selangor FC. Namun begitu, ketua jurulatih Karsten Neitzel tidak mahu terburu-buru dalam mendapatkan semula khidmat pemain tengah itu, jelas beliau.

Kredit foto Selangor FC

Pada bulan Julai, pemain berusia 33 tahun itu mengumumkan yang dia disahkan menghadapi barah testis, dan kemudiannya berehat bagi menjalani rawatan. Sejak bulan Oktober, dia dilihat telah kembali ke pusat latihan bagi memulihkan kecergasan dan kemudiannya berada dalam sesi latihan bersama-sama pasukan.

Karsten Neitzel tidak mahu terburu-buru mendapatkan semula khidmat bekas pemenang Piala Malaysia itu, jelasnya semasa menjawab soalan-soalan wartawan pada hari Selasa, 2 November.

“Yang sebenarnya dia hanya memanaskan badan bersama-sama pasukan sebelum melakukan sesi individu. Walaupun situasinya semakin bertambah baik, saya tak boleh nak kata bila dia dapat berlatih sepenuhnya bersama-sama pasukan.

“Tapi saya positif kerana Brendan sentiasa bekerja keras dan jurulatih-jurulatih juga sentiasa memberi galakkan kepadanya. Ini merupakan sesuatu yang baik dan harapnya dia dapat menyertai pasukan semula secepat mungkin. Kita perlu lihat keadaannya dahulu,” jelas beliau.

Sejak menyertai Gergasi Merah pada awal musim 2020, pemain tengah ini telah melakukan 22 penampilan dan menjaringkan empat gol. Ketiadaannya musim ini dilihat menyulitkan pasukan apabila seorang lagi pemain tengah, Halim Saari turut terpaksa disisihkan buat tempoh yang lama akibat kecederaan ACL. Namun ketiadaan pemain-pemain senior ini membenarkan pemain-pemain muda menyerlah di bahagian tengah padang, seperti bintang dari Myanmar Hein Htet Aung misalnya. Terbaru, pemain tengah Selangor 2 Alex Agyarkwa mendapat penampilan pertamanya dengan pasukan utama dalam kemenangan 5-1 ke atas Kuching City dalam Piala Malaysia Sabtu lalu.

Apa yang pasti, kesihatan Brendan adalah lebih mustahak dari kepentingan bolasepak, jadi dia harus diberikan masa untuk kembali beraksi. Malah, pemain yang turut dikenali kerana kecekalannya ini ikut mendapat sokongan rakan-rakan sepasukan baru-baru ini, bila mereka menunjukkan solidariti dengan cara turut membotakkan rambut mereka.

Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.