Syahmi Safari tinggalkan Selangor

Kenapa penyokong Selangor tak perlu sakit hati Syahmi angkat kaki

Bukan lagi satu rahsia besar mengenai hakikat Syahmi Safari tinggalkan Selangor FC, yang pertama kali didedahkan minggu lalu. Pemain pertahanan kanan ini dikatakan akan meninggalkan Gergasi Merah biarpun masih berbaki kontrak dua musim.

Kredit foto Malaysian Football League

Pemain datang dan pergi, namun apa yang menggusarkan penyokong adalah berita yang produk Selangor ini akan dilepaskan sebagai ‘free agent’ sedangkan kelab seharusnya mendapat pulangan dari perpindahannya. Jika ada kelab lain yang inginkan khidmat Syahmi, mereka harus melakukan tawaran secara rasmi dan Selangor harus mendapat pulangan setimpal dari kehilangannya.

Namun ada beberapa sebab bahawa pemergian pemain berusia 23 tahun ini tidak harus diratapi peminat.

Hakikatnya, sudah sedekad Selangor tidak berupaya untuk menjadikan pemain-pemain mereka yang berstatus ‘baik’ kepada ‘cemerlang’. Sampai masanya prestasi mereka akan tersangkut di tahap yang sama dan hanya menunjukkan peningkatan selepas berhijrah ke destinasi lain. Ini turut telah berlaku kepada Syahmi.

Muncul dalam peringkat senior buat kali pertama pada musim 2017 pada usia 19 tahun (terima kasih kepada usaha bekas jurulatih pasukan muda dan pasukan utama P. Maniam), dia meledak menerusi reputasi ‘utility player’ yang gemar menyerang di sayap kanan dan ada kemampuan menjaringkan gol. Penampilan dengan Selangor kemudiannya menghadirkan penampilan dengan pasukan kebangsaan Malaysia di peringkat muda dan senior.

Namun dalam tiga musim kebelakangan ini, dia dilihat kurang menyerlah dan ‘stagnant’. Walaupun pemerhatian ini ada betulnya, tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkannya seperti kehadiran lebih ramai pemain berstatus bintang. Namun sudah pasti salah satu sebab utamanya adalah kegagalan kelab untuk membawa pemain-pemain mereka ke tahap yang lebih tinggi, yang turut jelas dilihat apabila sejak tiga musim ini, bintang-bintang baru yang dibawa masuk turut jarang-jarang dapat menghadirkan persembahan yang dikehendaki.

Pemain-pemain era bolasepak moden sentiasa mahu memperbaiki prestasi mereka (di samping mendapat gaji yang lebih lumayan), dan pasti Syahmi juga mempunyai niat yang sama. Dia tidak boleh dipersalahkan hanya kerana mahu melonjakkan kerjayanya di tempat lain.

Tetapi apa yang paling penting adalah kesannya terhadap Gergasi Merah. Menurut apa yang Merah Kuning 24/7 ketahui, walaupun pemergian Syahmi adalah sebagai ‘free agent’, Selangor masih akan mendapat pampasan yang setimpal.

Malah CEO kelab Johan Kamal Hamidon dalam sebuah temubual bersama kami yang belum lagi diterbitkan ada berkata:

“Selangor FC dijalankan sebagai perniagaan, tapi kami juga merupakan sebuah pasukan yang memiliki cita-cita di atas padang. Jika tawaran yang diberikan adalah baik kami pasti akan mempertimbangkannya tetapi, kami masih perlu mengimbanginya dengan keperluan untuk mengekalkan bakat-bakat terbaik.

“Jika kami ambil keputusan menjual mana-mana pemain, ini adalah kerana kelab akan menerima pampasan yang setimpal dan boleh dilaburkan semula ke dalam pembangunan bakat-bakat baru, namun masih memastikan yang keupayaan pasukan untuk bersaing dalam musim depan tidak akan tergugat.”

Jadi sudah jelas bahawa dari segi kewangan, kelab tidak akan kehilangan khidmat Syahmi secara percuma (dan ada baiknya nilai pampasan ini didedahkan kepada penyokong demi ketelusan). Cuma masih ada rasa ralat yang walaupun Piala Malaysia sudah masuk tahun keseratus, perpindahan pemain di Malaysia masih tidak dijalankan secara rasmi seperti di negara-negara bolasepak maju.

Di samping itu, Selangor masih ada beberapa pemain yang boleh diketengahkan di posisi yang hampir sama. Salah seorang dari mereka adalah Quentin Cheng yang telah bermain cemerlang untuk Penang FC secara pinjaman musim ini, dan pemain Malaysia-Australia ini dilaporkan akan kembali.

Tetapi ini tidak bermakna penamatnya menggembirakan, apatah lagi kisahnya adalah pemergian seorang pemain yang berpotensi menjadi legenda Selangor. Kelab harus mengkaji mengapa pemain-pemain mereka enggan kekal lama dan gagal melonjakkan prestasi individu. Walaupun mungkin kantung dapat diisi melalui perpindahan pemain, apa gunanya bintang-bintang ini dilepaskan hanya untuk memperkuatkan pasukan lawan? Di samping itu, reputasi sebagai kelab menjual bintang hanya akan meluputkan minat dan kepercayaan penyokong, apabila enam tahun sudah berlalu setelah trofi terakhir dimenangi Selangor.

Dan selamat berjaya juga kita ucapkan kepada Syahmi Safari tinggalkan Selangor. Penghijrahan merupakan norma bolasepak moden, namun harapnya jangan jadi kacang lupakan kulit. Semua orang mahu berjaya dan hidup senang, tapi kita di Selangor tak perlu terikut-ikut budaya ‘cult of personality’ di tempat lain.

Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

One Reply to “Kenapa penyokong Selangor tak perlu sakit hati Syahmi angkat kaki”

  1. Reefreev

    Sila tekan link https://youtu.be/23Atj0Z5PTA & skip ke minit 12:05 boleh cek perangai sembang suci pastu sembang “football is business”
    Bkn ape… nth la xde transaction jual beli. Balik² tggu player hbis kontrak. Cmtu la cycle dia ulang². Busuk² pn kalo ade transaction pn juz tebus kontrak je. Lg celaka kalo pakai taktikal transaction tebuk atap @ pintu belakang. Pastu bila player yg berjiwa bola scammer bkn yg btl² berjiwa bola yg ada passion dgn bola sepak dpt offer gaji lg sdap drpd kelab semasa(kelab yg diwakili sekarang) even x dijanjikan minit permainan mang semua pakat blah laaa. Kelab supplier dpt habuk je. Haritu kes daniel amir tggu brg 🆓 dari felda united dan² felda united pn trs lenyap dari muka bumi. Latest kes syahmi safari. Ape jadah buat kontrak ikat kontrak lama² pastu terminate kontrak hasil persetujuan bersama. Haram jadah. Pastu siap tau lak value dia setengah juta. Pasal? Mang dia ke yg nk beli si syahmi safari??? Jadah murah. Kalo nk dia time ade kontrak lg byr la ikut hrga market dia. Kalo x sggup byr sila tggu smpai dia hbis kontrak 2023. Confirm dpt 🆓. Kalo semua kontrak blh terminate atas dasar suka sama suka simply mcm jual ikan kat pasar x mustahil next time bnd cmni jd lg kat kontrak player² lain. Mcm biasa taktikal kapitalism sblm² ni tggu brg free. Pastu gebang “football is business”. Pastu nganjing smpai ke sudah team dia saje yg ade 🏟️ sndri. Dah tu korg gak la yg amek kesempatan dlm liga kerdil ni yg xde market jual beli player pastu monopoly player² sedap free² je. Masing² nk bnd 🆓 je. Dari zmn semi pro ke pro ke dulu lg Kelab dlm liga Malaysia ni masing² juz tggu player jd 🆓 agent je smpai ke sudah tu pasal la mang xde team² yg dah sinonim jd fix supplier sesuatu kelab tu x kaya² x kaya-raya x sempat nk buat duit nk buat 🏟️. Even da pasca penswastaan pn still sama je. Yg bapak penswastaan liga Malaysia pn sembang kununnya “football is business” Baidewey dia sndri pn tggu bnd 🆓. Cuba kalo dia bayar je felda united tu sejuta ke 10 juta ke ikut hrga yg diorg tetapkan nk beli si Daniel amir tu silap² Felda united wjud lg sekarang ni. Baidewey dia sndri pn trs trg ckp nk bnd 🆓 je tggu player tu hbis kontrak. Dasar kapitalisme. Coach kebangsaan plak benak x nk kasi ajar player² tipikal cmni (berjiwa bola scammer) dah tau xde minit permainan still dipanggil utk call up national. Xde pelir nk call up player² lain yg top 3 atau top 5 dlm liga yg perform yg lg menyerlah. Implikasinya makin ramai la player scammer yg bkn btl² brjiwa bola ibarat cndawan tumbuh selepas hujan semata-mata nk main bunga api sethn skali sekadar menumpang nama berhijrah ke team kapitalisme tu. Pastu trigger seronok tgk kwn² main.

Leave a Reply

Your email address will not be published.