Jordan Ayimbila bermain untuk Selangor FC musim ini.

Yan ke Ipoh, Ayimbila bersama Selangor FC 2

Menjelang perlawanan Liga Super menentang Perak FC Sabtu, 21 Ogos ini, Selangor FC dilihat membuat dua keputusan menarik berkenaan ‘matchday squad’nya. Menurut Harian Metro, penjaga gol utama, Khairulazhan Khalid, yang cedera minggu lalu, turut dibawa ke Ipoh bagi menentang pasukan Seladang. Baca berita asal di sini.

Tetapi apa yang agak mengejutkan adalah pemain pertahanan kiri yang sedang meningkat naik, Jordan Ayimbila, hanya berada dengan pasukan simpanan, yang akan melayani kunjungan JDT FC II dalam saingan Liga Premier pada Jumaat, 20 Ogos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Walaupun Ayimbila menyertai Gergasi Merah sebagai pemain pasukan simpanan di permulaan musim, prestasinya yang baik membolehkan dia diserap ke pasukan utama. Pemain dari Ghana ini telah membuat 15 penampilan dalam saingan divisyen satu Malaysia.

Belum dapat dilihat lagi samaada kepulangan Jordan ke skuad simpanan adalah kekal atau hanya sementara, bagi memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi salah satu pasukan terbaik dalam liga.

Sepanjang 15 penampilannya di Liga Super bersama Selangor FC, pemain yang dikenali sebagai ‘Ayim’ oleh penyokong setia Merah Kuning diminati kerana keberaniannya membawa bola ke bahagian ‘final third’. Namun begitu, hantaran yang dilakukannya ke kawasan penalti kerap tidak menjadi, dan ia disifatkan sebagai salah satu aspek permainannya yang perlu diperbaiki lagi.

Apa pun sebabnya, sudah pasti peminat-peminat Merah Kuning mahukan Ayim meneruskan peningkatan peribadinya, tidak kira di pasukan utama ataupun pasukan simpanan.

Turut menarik untuk diperkatakan adalah penjaga gol Selangor 2 Sikh Izhan Nazrel. Selepas melakukan penampilan Liga Super pertama minggu lalu menentang KDA FC akibat kecederaan Azhan, yang kemudiannya membawa kepada pendedahan yang dia mendapat jemputan menjalani pemilihan di Eropah, Izhan kembali bersama pasukan simpanan pada hujung minggu ini. Dia, Ayim dan rakan-rakan sepasukan Selangor 2 akan berhadapan dengan JDT II.

Kembali semula ke pasukan utama, ketiadaan Izhan dan Ayim dilihat menandakan kemungkinan kembalinya Azhan dari kecederaan dan seorang lagi pemain. Pemain pertahanan dari Jerman, Tim Heubach dilaporkan telah pulih dari kecederaan yang dialaminya semasa menentang KDA pada 21 April lalu dan nampak bersedia untuk kembali beraksi.

Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.