Khairulazhan mahu dakap trofi

Khairulazhan mahu dakap trofi musim ini

Latihan pra-musim 2022 Selangor FC minggu lalu telah dihadiri lebih ramai pemain, seperti bintang-bintang yang telah dipanggil beraksi dalam Piala AFF 2020 di Singapura, dengan penjaga gol Malaysia Khairulazhan Khalid salah seorang mereka. Apabila ditemuramah kelab sekembalinya ke Pusat Latihan FAS, dinyatakan yang Khairulazhan mahu dakap trofi bersama Gergasi Merah musim ini.

Kredit foto Selangor FC

Walaupun dipanggil untuk beraksi buat Harimau Malaya, penjaga gawang ini langsung tidak dapat beraksi dalam kempen akibat diuji positif Covid-19. Mungkin itu sebabnya dia kembali ke pangkuan Selangor dengan lebih bersemangat.

Malah, Khairulazhan mahu dakap trofi musim ini bersama-sama Gergasi Merah.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dapat sertai pasukan semula. Tahun baru ni, semangat dia lain macam sikit.

“Motivasi saya adalah untuk bawa Selangor lebih cemerlang; sekurang-kurangnya dapat satu piala tahun ini, dan saya dan pasukan akan bekerja keras,” jelas penjaga gawang berusia 32 tahun ini.

Walaupun dia telah beberapa musim memegang peranan penjaga gol utama pasukan, musim ini menyaksikan seorang lagi penjaga gol Malaysia dibawa masuk, iaitu Sam Somerville yang musim lalu bermain baik untuk Penang FC.

Apabila ditanya, Yan menyambut baik ketibaan penjaga gol Malaysia-England ini.

“Bagus yang bahagian penjaga gol kini lebih banyak saingan. Saya ucapkan selamat datang ke Selangor kepada Sam, semoga kami dapat bekerjasama baik tahun ini.

Setelah kembalinya pemain-pemain Harimau Malaya termasuk Khairulazhan, tinggal empat anggota pasukan yang dijadualkan bakal kembali iaitu bintang Singapura Safuwan Baharudin, dan pemain-pemain import baru, Yazan Al-Arab, Baha’ Abdel-Rahman dan Herlison Caion.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.