LTK berpesan pada Mukhairi

Karsten kritik Selangor bazir peluang, asyik buat ‘backpass’

Tidak begitu mengejutkan yang Gergasi Merah tumpas dengan Terengganu FC, pasukan yang telah menumpaskan mereka dalam kedua-dua perlawanan Liga Super di awal musim. Dalam perlawanan pusingan kedua kumpulan B Piala Malaysia pada Rabu, 29 September di Kuala Terengganu, Selangor mengalami kekalahan ketiga musim ini. Namun apabila diminta memberi komen Terengganu lwn Selangor selepas perlawanan, ketua jurulatih Karsten Neitzel menyatakan yang pasukannya patut dapat membawa pulang satu mata.

Kredit foto utama Selangor FC

Biarpun terlebih dahulu melepaskan dua gol, pasukan pelawat diberi peluang bernafas hasil kerja keras Wan Zack Haikal dan jaringan lewat perlawanan Ashmawi Yakin. Namun mereka mensia-siakan peluang menekan Sang Penyu, dan gagal menghasilkan gol penyamaan. Saksikan sorotan perlawanan di sini.

Bercakap kepada wartawan usai perlawanan di Kuala Terengganu, Karsten mengkritik persembahan anak-anak buahnya.

“Persembahan mereka berbeza dalam separuh masa pertama dan kedua. Sebelum rehat mereka tak dapat menekan lawan dengan baik, mereka lambat satu, dua langkah. Pemain-pemain saya juga tidak selamat apabila ada bola dan kerap kehilangan bola, dan asyik menghantar bola ke belakang yang menyebabkan mereka gagal mencipta peluang menjaringkan gol.

“Namun ada peningkatan selepas waktu rehat; mereka bermain baik apabila memiliki bola tetapi masih diancam serangan balas lawan yang berbahaya. Selepas itu mereka ada peluang-peluang untuk mencari gol penyamaan tetapi gagal, dan ini satu sebabnya pasukan saya gagal mengutip mata hari ini,” jelasnya secara jujur.

Pengendali dari Jerman ini juga mempersoalkan peluang-peluang yang disia-siakan pasukannya pada saat-saat akhir perlawanan.

“Pemain-pemain saya juga membazirkan peluang terhidang dalam lima minit terakhir [untuk menyamakan kedudukan],” kata Karsten. “Hakim (Nor Hakim Hassan) dan Aliff [Haiqal] ada peluang keemasan, tapi membuat keputusan untuk melakukan percubaan dan tidak menghantar bola kepada rakan-rakan sepasukan. Namun ini sudah berlalu dan kami harus berlatih bagi situasi di sekitar kotak penalti.

“Terengganu merupakan pasukan yang baik tapi Selangor sepatutnya boleh mencuri mata sekiranya dapat menambah gol tadi.”

Tamat komen Terengganu lwn Selangor

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.