Preview KLC lwn Selangor

Selangor sentiasa berikan yang terbaik, jelas Karsten

Gergasi Merah gagal mengutip kemenangan kelima berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 dengan Melaka United di Stadium MBPJ pada Sabtu, 28 Ogos. Biarpun kecewa, pengendali Selangor Karsten Neitzel enggan menyalahkan anak buahnya.

Dalam perlawanan pusingan ke-20 Liga Super itu, pasukan tuan rumah melepaskan gol penyamaan pada detik-detik akhir perlawanan selepas terpaksa bermain dengan hanya 10 pemain. Tonton sorotan perlawanan di sini.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Karsten menjelaskan kekecewaannya dengan keputusan akhir.

“Saya agak berpuas hati dengan persembahan pasukan pada separuh masa pertama, mereka bermain baik sehinggalah 20 minit lebih apabila kami kekurangan pemain.

“Pada separuh masa kedua mereka terlalu cepat kehilangan bola sedangkan mereka harus membawa keluar bola dari bahagian belakang dengan lebih baik. Kalau nak menang, kami juga perlukan gol kedua.

“Kami hampir bolos tiga, empat gol dan melepaskan gol di saat-saat akhir itu memang mengecewakan,” akuinya.

Baca juga:

Ratings – Gergasi dikecewakan Kancil lagi

Pertembungan-pertembungan terhangat Selangor dan Melaka United

Apabila ditanya sama ada pasukannya gagal mengutip mata penuh disebabkan mereka memandang enteng lawan yang tidak berada dalam prestasi baik, pengendali Selangor Karsten menidakkan sentimen ini.

“Saya tak fikir begitu,” ujarnya. “Pasukan saya bermula dengan sangat baik malam ini, ada dua, tiga peluang, dan dapat jaringkan gol. Tapi [Ashmawi Yakin] dapat kad merah. Saya nampak komitmen dan kesediaan anak-anak buah, namun yang mengecewakan adalah pemilikan bola terutamanya dalam separuh masa kedua. Mereka harus lebih bahaya di depan gol lawan.

“Dayo (Ifedayo Olusegun) dan Daniel [Asri] ada satu peluang, tapi gagal menyudahkannya dan selepas itu mereka kerap ditekan.”

Karsten bagaimanapun enggan menyalahkan Ashmawi yang diperintah keluar padang dalam separuh masa pertama.

“Saya belum sempat bercakap dengannya, tapi keputusan kad merah itu jelas. Dia nak merampas bola tetapi membuat ‘foul’, yang merupakan satu benda biasa dalam sukan ini.

“Kita tak nak ia berlaku, tapi ia telah berlaku dan kini kami akan kehilangan beliau dalam perlawanan berikutnya,”

Dia juga menambah bahawa komitmen pemain-pemainnya amat tinggi untuk kembali mengutip mata penuh dalam baki dua perlawanan.

“Mereka sentiasa memberikan yang terbaik, ini sudah pasti. Ya, mereka seri hari ini tetapi minggu depan mereka akan ke Sabah [FC] untuk mendapatkan tiga mata kembali. Ia (mata penuh) sentiasa menjadi sasaran kami. Kami seri malam ini selepas menang berturut-turut empat perlawanan, itupun disebabkan bermain kurang seorang pemain.

“Kami tak gembira dengan penyudahnya, tapi kami akan kembali serta-merta Ahad depan (menentang Sabah).”

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.