LTK berpesan pada Mukhairi

LTK tinggal pesan buat Mukhairi

Pemain tengah Selangor FC dan Malaysia, Mukhairi Ajmal telah menunjukkan yang dia semakin matang sepanjang tahun lalu. Aksinya itu turut mendapat perhatian bekas pengarah projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim atau lebih dikenali sebagai LTK. Dalam sebuah interaksi di laman Instagram, LTK berpesan pada Mukhairi mengenai langkah seterusnya dalam kerjaya beliau.

Kredit foto Selangor FC

Sepanjang tahun 2021, pemain tengah ini melakukan 23 penampilan untuk Gergasi Merah, dan berjaya memimpin Malaysia B-23 sebagai kapten pasukan untuk layak ke saingan akhir Piala Asia B-23. Lebih membanggakan, dia mula mendapat tempat dalam pasukan senior Malaysia dan mengutip lima penampilan pertama termasuklah dalam saingan Piala AFF 2020.

Sekembalinya ke pangkuan kelab untuk mula menyertai latihan pra-musim 2022, Mukhairi malah menunjukkan niat tinggi beliau dengan bertukar nombor dari nombor 29 kepada tujuh, yang menurutnya dilakukan kerana mahu mencontohi idolanya, bintang terkemuka dunia Cristiano Ronaldo.

Nyata peningkatan yang ditunjukkan pemain berusia 20 tahun ini turut mendapat perhatian ramai pihak. Salah seorang dari mereka, LTK berpesan pada Mukhairi mengenai langkah seterusnya dalam kerjaya beliau melalui media sosial.

Dalam muatnaik Gergasi Merah mengenai Ajmal di Instagram baru-baru ini, Teong Kim menulis:

“Apa khabar Mukhairi, bagi saya awak ada kebolehan yang menakjubkan dan ciri-ciri pemain berkualiti. [Sekarang] apa yang awak perlukan adalah kepercayaan kepada kebolehan sendiri dan mentaliti yang kuat apabila situasi tak menyebelahi. Selamat berjaya.”

Sukar untuk disangkal nasihat bekas jurulatih belia Bayern Munich ini, malah ia kedengaran terpakai bukan saja buat Mukhairi, tetapi juga ke atas keseluruhan pasukan utama Gergasi Merah termasuklah pemain-pemain berpengalaman. Di sebalik kualiti dan potensi yang mereka miliki, tahun lalu jarang mereka menunjukkan permainan bersemangat dan kualiti melawan.

Selain peranan di NFDP, Teong Kim pernah turut memegang jawatan sebagai pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan ketua jurulatih pasukan Malaysia B-16. Bagaimanapun peranan-peranan ini hanya digalasnya sehingga 2019 sahaja, akibat pertukaran politik negara dan juga gajinya yang dikatakan terlalu tinggi.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.