Ujian Sikh Izhan diperjelas

Izhan, 9 rakan sepasukan Selangor 2 dipanggil ke kem latihan Malaysia B-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai panggilan kem latihan fasa pertama skuad Malaysia B-23 bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2022.

Dari senarai 27 pemain ini, 10 dari mereka merupakan pemain-pemain Selangor FC 2, termasuklah penjaga gol yang baru-baru ini mendapat debut Liga Super dengan pasukan utama Merah Kuning, Sikh Izhan Nazrel.

Sembilan lagi rakan sepasukan Yan ini adalah seorang lagi penjaga gol muda Malaysia, Firdaus Irman Fadhil, Azrin Afiq Rusmini, Izzul Adham Suhaimi, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel Zaaim, Khairi Suffian Khaineyusri, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan, Iqmal Ramlan dan penyerang yang baru-baru ini meledak dua gol dalam Liga Premier, Saravanan Thirumurugan.

Pengumuman penuh ini dapat dibaca di sini.

BILNAMAUMURPOSISIPASUKAN
1.SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN19GKSELANGOR FC 2
2.MUHAMMAD FIRDAUS IRMAN MOHD FADHIL20GKSELANGOR FC 2
3.MUHAMMAD AZRIN AFIQ RUSMINI19DFSELANGOR FC 2
4.MUHAMMAD IZZUL ADHAM SUHAIMI19DFSELANGOR FC 2
5.MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR18DFSELANGOR FC 2
6.MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM19MFSELANGOR FC 2
7.MUHAMMAD KHAIRI SUFFIAN KHAINEYUSRI18FWSELANGOR FC 2
8.SARAVANAN THIRUMURUGAN20FWSELANGOR FC 2
9.SAIFUL ISKANDAR ADHA SAIFUL AZLAN22*FWSELANGOR FC 2
10.MUHAMMAD IQMAL RAMLAN20MFSELANGOR FC 2
11.SYED MUHAMMAD NASRULHAQ SYED BIDIN22*GKTERENGGANU FC II
12.MUHAMMAD HAIRIEY HAKIM MAMAT21*DFTERENGGANU FC II
13.MUHAMMAD NUR AZFAR FIKRI AZHAR21*MFTERENGGANU FC II
14.MUHAMMAD SYAFIK ISMAIL21*FWTERENGGANU FC II
15.MUHAMMAD MUSLIHUDDIN ‘ATIQ MAT ZAID20FWTERENGGANU FC II
16.MUHAMMAD FIRDAUS RAMLI19DFJOHOR DARUL TA’ZIM II
17.AHMAD AYSAR HADI MOHD SHAPRI18MFJOHOR DARUL TA’ZIM II
18.MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN19MFJOHOR DARUL TA’ZIM II
19.MUHAMMAD FIRDAUS MUHAMAD KAIRONNISAM SAHABUDIN19MFJOHOR DARUL TA’ZIM III
20.MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI20MFJOHOR DARUL TA’ZIM III
21.MOHAMAD NABIL ASYRAF RAMLI18GKSKUAD PROJEK FAM-MSN
22.MUHAMMAD AMIRUL AKMAL SAFARINIZAM19FWSKUAD PROJEK FAM-MSN
23.AZHAD HARRAZ ARMAN18FWSKUAD PROJEK FAM-MSN
24.MUHAMMAD HAZWAN HASSAN19MFSKUAD PROJEK FAM-MSN
25.MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL20MFKEDAH DARUL AMAN FC
26.ADAM ROSHAN KRIS AZMAN18DFBROOK HOUSE FC (ENG)
27.MOHAMED AMIR MOHAMED FARUK17DFCHIPSTEAD FC (ENG)
Senarai penuh panggilan fasa pertama

Latihan ini akan dijalankan di Wisma FAM dari 30 Ogos hingga ke 7 September di bawah kendalian ketua jurulatih Brad Maloney, semasa Liga Premier tidak berjalan.

Latihan fasa kedua pula dijadualkan akan berlangsung bermula 19 September, dan menurut siaran FAM ini, akan disertai pemain-pemain yang beraksi di luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Kamal.

Malaysia B-23 telah diundi dalam Kumpulan J bagi pusingan kelayakan ini bersama-sama Laos, Thailand dan Mongolia. Ia akan berjalan dari 27 ke 31 Oktober 2021 di Ulaanbaatar, Mongolia, manakala pusingan akhir pertandingan akan berlangsung di Uzbekistan.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.