Michael Feichtenbeiner lalui tempoh

Feichtenbeiner lalui tempoh pra-musim paling lama musim ini

Musim 2022 merupakan musim pertama pengarah sukan Selangor FC sebagai ketua jurulatih pasukan utama secara rasmi, dan kini Michael Feichtenbeiner lalui tempoh pra-musim paling lama, menurut penjelasannya dalam sebuah temubual dengan Malaysian Football League.

Kredit foto Selangor FC

Pengendali dari Jerman ini diberikan tugas ketua jurulatih setelah musim 2021 tamat agak mengecewakan buat Gergasi Merah, dan menurutnya ia ada kaitan dengan tempoh pra-musim yang pendek bagi musim itu.

Musim 2021 telah bermula di sebalik ketidaktentuan yang melanda negara akibat wabak Covid-19.

“Sudah tentu lebih baik untuk kami mendapat lebih banyak masa. Agak pelik juga kerana tahun lalu kami hanya mendapat masa yang sedikit, tak sampai tiga minggu untuk lakukan persiapan pra-musim, manakala musim ini lebih kurang dua setengah, tiga bulan.

“Ini tempoh pra-musim paling lama pernah saya lalui, tapi lebih baik ada masa yang panjang demi kebaikan pemain-pemain asing, untuk membina hubungan yang lebih baik bersama mereka dan supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan skuad ini,” jelas beliau kepada wartawan, Dayne Azmin.

Dia juga menjelaskan sedikit mengenai pemain-pemain tempatan yang baru dibawa masuk bagi menghadapi musim ini.

“Saya berpuashati berjaya membawa masuk Fazly [Mazlan] yang mempunyai impak besar kepada skuad, Sam [Somerville] merupakan penjaga gol yang baik dan penting buat kami untuk mempunyai dua penjaga gol yang berkualiti musim ini. Mereka ada hubungan yang baik dan juga bersaing secara sihat, yang penting bagi membawakan prestasi yang baik.

“Kami juga bawa masuk Syahir Bashah dari Perak FC, seorang bakat baru dalam pasukan, dan Q (Quentin Cheng) pulang dari pinjaman setelah sebelumnya bermain di bawah kendalian saya dalam pasukan simpanan,” kata bekas ketua jurulatih MPPJ FC ini.

Di samping keempat-empat pemain tempatan di atas, seorang lagi yang dibawa masuk dari luar adalah Zahril Zabri dari Sarawak United, yang pada musim 2020 telah pun beraksi dengan Selangor terlebih dahulu.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.