LTK berpesan pada Mukhairi

Tiga lagi bintang Selangor mula sertai latihan pra-musim

Hari Khamis, 6 Januari 2022 menyaksikan beberapa orang lagi pemain menyertai latihan pra-musim Selangor FC, iaitu pemain-pemain yang beraksi dengan Harimau Malaya tempoh hari. Salah seorang dari mereka, Mukhairi Ajmal peraga nombor skuad baru.

Kredit foto Selangor FC

Antara yang terbaru kembali berlatih bersama pasukan utama adalah penjaga gol Khairulazhan Khalid, pemain tengah Mukhairi dan pertahanan kanan Quentin Cheng. Mereka, dan juga penyerang, Shahrel Fikri baru-baru ini telah beraksi dengan pasukan kebangsaan Malaysia dalam Piala AFF 2020, di mana langkah mereka sekadar tersekat di peringkat kumpulan.

Shahrel telah mula menyertai latihan pada Isnin, 3 Januari lalu.

Ada beberapa perkara menarik dilihat dalam sesi latihan ini, salah satunya adalah ia merupakan latihan pertama Quentin setelah kembali dari dipinjamkan semusim dengan Penang FC tahun lalu, dengan pemain Malaysia-Australia ini muncul sebagai salah seorang ‘orang kuat’ mereka. Pemain berusia 22 tahun ini memakai jersi latihan bernombor 2, dan dia dijangka menggantikan tempat yang ditinggalkan Syahmi Safari dalam kesebelasan utama. Nombor itu dahulunya digunakan seorang lagi pertahanan kanan Namathevan Arunasalam, namun dibiarkan kosong setelah Nama memilih untuk menyarung nombor 26 pula dalam musim terakhirnya bersama Selangor pada tahun lalu.

Keduanya adalah masih berkenaan nombor jersi, dan dilihat Mukhairi Ajmal peraga nombor baru yang sensasi. Pemain berusia 20 tahun ini dilihat telah meninggalkan nombor 29 buat nombor 7, nombor kegemaran ramai bintang-bintang bolasepak seluruh dunia. Sudah pasti pertukaran ini menandakan Ajmal akan memainkan peranan yang lebih membawa impak dalam musim baru, setelah melakukan beberapa catatan peribadi pada tahun 2021 seperti kejayaan membawa Malaysia B-23 ke saingan akhir Piala Asia B-23 dan melakukan debut untuk Harimau Malaya. Nombor ini dahulunya digunakan Sean Selvaraj, yang musim ini telah kembali ke pasukan negeri tempat kelahirannya, Negeri Sembilan.

Selain kedua-dua pemain ini, antara pertukaran nombor yang telah dilihat bagi musim ini adalah penyerang berstatus muda Danial Asri yang menyarung nombor 17, pemain sayap Nor Hakim Hassan yang kini memakai nombor 9, manakala Shahrel pula bertukar dari nombor 10 ke 19.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.