'orang kuat' Malaysia B 23

‘Orang kuat’ Malaysia B-23 direhatkan untuk Kejuaraan AFF B-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai kem latihan bagi skuad Harimau Muda untuk menghadapi Kejuaraan AFF B-23 bulan hadapan. Senarai ini menyaksikan beberapa ‘orang kuat’ Malaysia B-23 dari Selangor FC diketepikan.

Kredit foto Selangor FC

Hanya tiga pemain muda Gergasi Merah telah dikekalkan dalam skuad yang tahun lalu berjaya layak ke saingan akhir Piala Asia B-23 yang akan dipertandingkan tahun ini; iaitu pemain sayap Fahmi Daniel Zaaim (20 tahun), ‘centre back’ Faiz Amer Runnizar (19) dan penyerang yang telah dipinjamkan ke Penang FC musim ini, Saravanan Thirumurugan (21).

Pemain sayap Fakrul Iman Naszari (21) dan penyerang Khairi Suffian Khaineyusri (19) merupakan dua lagi pemain Selangor yang disenaraikan, yang tahun lalu tidak dibawa ke Mongolia untuk pusingan kelayakan Piala Asia B-23.

Turut tersenarai adalah bekas anggota skuad utama Selangor, Shivan Pillay Asokan yang baru berpindah ke Petaling Jaya City dan bekas penjaga gol Selangor 2, Firdaus Irman Fadhil yang telah berpindah ke PDRM FC.

Panggilan kali ini menyaksikan beberapa pemain utama skuad ini tidak dipanggil, termasuklah ‘orang-orang kuat‘ Malaysia B-23 dari Selangor FC Mukhairi Ajmal Mahadi, Sikh Izhan Nazrel, Zikri Khalili, Azrin Afiq Rusmini, Quentin Cheng dan Harith Haiqal.

Ada beberapa sebab mereka tidak dipanggil ketua jurulatih, Brad Maloney. Pertamanya adalah kejohanan ini dilihat tidak begitu penting berbanding pertandingan-pertandingan lain yang akan dilalui pasukan ini tahun ini, dan peluang terbaik bagi Brad menguji pemain-pemain lain dalam ‘pool’. Keduanya adalah disebabkan anak-anak muda Gergasi Merah yang tidak dipanggil ini merupakan anggota pasukan utama bagi musim yang akan bermula.

Latihan berpusat akan dijalankan dari 27 Januari dan pemain-pemain yang terpilih akan terus berlepas ke Phnom Penh, Kemboja bagi kejohanan yang akan berlangsung dari 14 hingga 26 Februari 2022.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B menentang Myanmar pada 15 Februari 2022 di Stadium Prince, Laos pada 18 Februari 2022 di Stadium Prince dan Indonesia pada 21 Februari 2022 di Stadium Nasional Morodok Techo.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.