pemain muda tinggalkan Selangor 2

Pemain-pemain muda tinggalkan Selangor 2

Sedang musim 2022 bakal bermula bulan depan, perubahan dalam skuad berjalan bagi kedua-dua pasukan utama dan simpanan. Mungkin kemasukan pemain-pemain baru ke pasukan utama lebih mendapat perhatian, tetapi dalam masa yang sama perubahan juga dilakukan bagi skuad Selangor FC 2. Sepanjang minggu ini, dilihat beberapa pemain muda tinggalkan Selangor 2 untuk menyertai pasukan lain.

Kredit foto Selangor 2 musim 2021 dari Malaysian Football League

Antara nama-nama yang mungkin dikenali ramai adalah bekas pertahanan kanan Malaysia peringkat bawah umur, Aidil Azuan yang berusia 20 tahun. Dia telah menyertai pasukan Liga Super Malaysia, Penang FC. Pada penghujung tahun lalu dia dipanggil ke kem latihan bagi pusingan kelayakan Piala Asia B-23, tetapi tidak terpilih dalam skuad akhir.

Seorang lagi bekas anggota pasukan muda kebangsaan yang berhijrah dari Selangor 2 adalah penjaga gol, Firdaus Irman Fadhil yang menyertai PDRM FC, masih dalam Liga Premier.

Selain Firdaus, Sang Saka Biru yang ingin mempertaruhkan bakat-bakat muda dalam saingan musim akan datang juga telah mendatangkan beberapa orang lagi pemain muda tinggalkan Selangor 2. Mereka adalah dua pemain tengah berusia, Fazrul Fahriz Zeky (23 tahun) dan juga Adib Hakimi Sabri (22).

Sementara itu, penyerang berusia 23 tahun Alifh Aiman Rosman menyertai Kelantan FC, menyusuli Mior Dani Armin yang telah melakukan perpindahan yang sama dalam musim sebelumnya.

Penyerang berusia 22 tahun, Shafizi Iqmal Khirudin kembali dipinjamkan, tetapi kali ini menyeberangi Laut China Selatan pula ke Kuching City. Tahun lalu dia bermain untuk Kelantan United.

Pemain pertahanan berusia 20 tahun, Nik Umar Nik Aziz pula menyatakan telah meninggalkan pasukan, tetapi tidak menyatakan destinasi seterusnya.

Ke mana pun destinasi anak-anak muda ini seterusnya, kita ucapkan selamat berjaya dan semoga berjumpa lagi di masa hadapan.

Senarai penuh pemain Selangor 2 telah dikeluarkan awal bulan lalu:

PENJAGA GOL: Aqil Fadhly (24), Alim Al Amri (20), Syahmi Adib (19)

PERTAHANAN: Iqmal Ramlan (21), Jordan Ayimbila (21), Izzul Adham (20), Faiz Amer (19), Alif Farhan (18), Daniel Edzuan (18), Fakrul Fareez (18), Izrin Ibrahim (18)

PEMAIN TENGAH: Syazwan Salihin (24), Saiful Iskandar (23), Alex Agyarkwa (22), Sharvin Selvakumaran (22), Khairul Naim (22), Hein Htet Aung (21), Saravanan Thirumurugan (21), Fahmi Daniel (20), Azannis Adzri (19), Haziq Zaki (19), Aliff Izwan (18), Nabil Qayyum (18)

PENYERANG: George Attram (22), Nazrin Nasir (19), Khairi Suffian (19), Abdul Rahman Daud (18)

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.