Penjualan Syahmi dan Rodney

Penjualan Syahmi, Rodney jana pendapatan buat Selangor

Menjelang musim 2022 akan datang, Selangor FC melepaskan beberapa pemain, termasuklah pertahanan kanan Syahmi Safari dan ‘centre back’ Rodney Celvin yang menyertai kelab lain dengan pampasan. Menurut penjelasan ketua pegawai eksekutif (CEO) kelab Johan Kamal Hamidon kepada Sinar Harian, penjualan Syahmi dan Rodney menjana keuntungan buat Selangor.

Kredit foto KDA FC

Syahmi telah minta dilepaskan dengan penebusan kontrak yang bersisa dua tahun, dan baru-baru ini telah menyertai Johor Darul Ta’zim FC (JDT). Rodney pula kekal bersama Kedah Darul Aman FC (KDA) yang disertainya secara pinjaman pada musim 2021.

“Kami tidak melepaskan Syahmi dan Rodney begitu sahaja tanpa membuat sebarang keuntungan. Kami masih berjaya ‘buat duit’ yang banyak selepas mereka meninggalkan Selangor.

“Sebab kedua-dua kelab itu (JDT dan KDA) ada bayar kepada kami. Tapi jumlah kedua-dua kelab itu bayar kita tidak boleh dedahkan,” jelas beliau.

Setelah penjualan Syahmi dan Rodney dilakukan, ia pastinya dapat terus memperkukuhkan persiapan pasukan bagi musim ini.

“Harapan pengurusan dan peminat pada musim 2022 cukup tinggi untuk melihat Selangor untuk merealisasikan sasaran tersebut seterusnya berada dalam kelompok tiga terbaik Liga Super.

“Kita akan menggunakan pemain muda yang mana majoritinya sudah beraksi dalam pasukan utama. Sekarang ini, mereka wajib capai sasaran beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia atau Piala AFC.

“Tekanan memang ada, namun ia bukanlah masalah memandangkan pasukan sudah semestinya akan bekerja keras untuk mencapai sasaran tersebut,” ujarnya.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.