Penyerang Brazil akan didatangkan

Seorang lagi penyerang Brazil akan didatangkan

Dalam program Hari jersi Selangor 2022 yang berlangsung pada Ahad, kelab telah mengesahkan yang seorang lagi pemain import akan hadir bagi musim akan datang. Menurut ketua pegawai eksekutif, Johan Kamal Hamidon seorang penyerang Brazil akan didatangkan bagi mengisi slot pemain import.

Kredit foto Selangor FC

“Kita akan mendapatkan seorang lagi penyerang dari Brazil dan ketika ini, kita sedang berada dalam proses akhir mengesahkan kontrak pemain itu.

“Satu cabaran besar untuk menggantikan penjaring terbanyak tetapi jentera serangan yang ada, kita akan cuba sedaya upaya untuk mengisi kekosongan Ifedayo.

“Kita harap dengan kerjasama antara semua pemain yang ada, kita mampu untuk mendapatkan lebih banyak gol lagi,” jelas Johan seperti yang dipetik dari Harian Metro.

Walaubagaimanapun, identiti penyerang Brazil akan didatangkan ini tidak didedahkan oleh Johan.

Namun ura-ura telah timbul yang pemain ini adalah Hyuri Henrique de Oliveira Costa, 30 tahun yang tahun lalu beraksi bersama Hatta Club, sebuah kelab divisyen dua Emiriah Arab Bersatu.

Jika ini benar, ia bermakna yang pasukan utama Selangor akan dianggotai dua orang pemain serangan dari Brazil, setelah kehadiran Caion baru-baru ini.

Ia juga bermakna yang slot pemain import Gergasi Merah telah diisi sepenuhnya. Tiga lagi adalah pemain antarabangsa Singapura Safuwan Baharudin, dan pasangan pemain kebangsaan Jordan, Baha’ Abdel-Rahman dan Yazan Al-Arab.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.