diskaun rawatan pergigian untuk penyokong Selangor

Penyokong Selangor boleh nikmati diskaun rawatan gigi di Avisienna

Selepas kami laporkannya pada bulan lalu, ia akhirnya diumumkan secara rasmi oleh kelab. Klinik Pergigian Avisienna telah diumumkan sebagai Rakan Rawatan Pergigian Rasmi terbaru Selangor FC (SFC). Ini turut membawa maksud yang pemegang-pemegang kad keahlian kelab boleh menikmati diskaun rawatan pergigian di Avisienna, menurut pengumuman ini.

Kredit foto Klinik Pergigian Avisienna

Sebagai balasan, logo klinik ini akan dipaparkan “sebagai salah satu logo di laman web rasmi SFC, selain dalam beberapa aset digital di semua platform media sosial SFC.”

Ini komen pengarah Pengarah Klinik Pergigian Avisienna, Dr. Safwan Majid mengenai kerjasama kliniknya dengan Selangor.

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan sebuah kelab yang penuh bersejarah yang meningkat naik hari ini serta mempunyai antara pangkalan peminat yang besar di Malaysia. Kerjasama ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kelab dan pemegang Red Giants Team Card.

“Mengikut pengetahuan saya, ini merupakan kolaborasi pertama SFC bersama klinik pergigian. Di Klinik Pergigian Avisienna fokus kami adalah untuk menyediakan penjagaan gigi yang selamat dan selesa di persekitaran yang menyenangkan agar membolehkan pelanggan kami menerima rawatan dengan tenang.”

Komen Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Johan Kamal Hamidon pula:

“Dr. Safwan Majid, Pengarah Klinik Pergigian Avisienna bersetuju untuk berkerjasama dengan SFC pada musim ini. Kerjasama ini juga memberikan isyarat kepada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang dalam apa sahaja bidang untuk turut berkerjasama dengan kelab-kelab bola sepak tempatan kerana industri bola sepak kita cukup dekat dengan rakyat Malaysia,” jelas Dr. Johan.

“Sebagai rakan strategik terbaru kami, Selangor FC akan melakukan sedaya upaya untuk membalas kepercayaan yang diberikan. Kerjasama ini juga jelas membuktikan sukan bola sepak masih relevan sebagai platform untuk syarikat-syarikat melabur dan berkongsi kepakaran di antara satu sama lain.”

Klinik Pergigian Avisienna mempunyai beberapa cawangan di sekitar kawasan Lembah Klang dan Malaysia, seperti di Putrajaya, Kajang, Equine Park, Shah Alam (Selangor), Nilai (Negeri Sembilan), Kok Lanas (Kelantan) dan Kuantan (Pahang).

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan Avisienna, dan cara-cara pemegang Red Giants Team Card boleh mendapat diskaun rawatan pergigian di sini, dapat diketahui di laman sesawang mereka.

Follow laman Facebook kami untuk mendapatkan perkembangan terbaru Selangor FC dan bolasepak negeri Selangor

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.