Quentin mampu isi kekosongan

Quentin mampu isi kekosongan ditinggalkan Syahmi

Perpindahan pemain pertahanan kanan, Syahmi Safari ke JDT dilihat meninggalkan kekosongan di posisi ini dalam pasukan utama Selangor FC yang akan diisi oleh Quentin Cheng. Menurut komen ketua pegawai eksekutif (CEO) kelab Johan Kamal Hamidon kepada Metro, Quentin mampu isi kekosongan dan menggalas tanggungjawab musim ini.

Kredit foto Selangor FC, Penang FC

Syahmi telah meminta dilepaskan dengan pampasan berbayar sebaik musim 2021 tamat, sementara pemain Malaysia-Australia Quentin dibawa pulang dari pinjaman semusim di Penang FC.

Bersama Harimau Kumbang, Quentin menampilkan peningkatan untuk beraksi dalam kesemua perlawanan Liga Super mereka dan muncul pemain Penang dengan minit liga terbanyak musim itu. Sementara itu, dia membantu Harimau Muda layak ke saingan akhir Piala Asia B-23 dan mendapat ‘debut’ pasukan senior Malaysia. Sudah tentu pemain berusia 22 tahun ini dijangka akan mendapat tempat dalam kesebelasan utama musim ini, di posisi yang ditinggalkan Syahmi.

“Saya yakin dengan pemain yang kita bawa masuk. Walaupun kehilangan Syahmi namun kita ada Quentin yang menunjukkan prestasi cukup baik pada musim lalu.

“Kerjasama pemain baharu dan lama akan dapat menghasilkan jumlah gol yang sama atau lebih daripada musim lalu.

“Walaupun kekosongan yang ditinggalkan pemain berkenaan boleh dikatakan cukup besar namun kita pun dapat pemain yang bagus untuk posisi terbabit,” ujar Johan yang yakin Quentin mampu isi kekosongan ditinggalkan.

Kini Gergasi Merah sedang giat menjalani persiapan pra-musim, dengan perlawanan pertama Liga Super Malaysia musim 2022 mereka menentang Kuala Lumpur City pada 4 Mac.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.