Ratings Kuching lwn Selangor

Ratings – Anak-anak buah Karsten diasak sebelum sahkan kemaraan

Ratings Kuching lwn Selangor FC menilai persembahan pemain-pemain Gergasi Merah pada malam mereka mengesahkan kelayakan ke peringkat kalah mati Piala Malaysia, biarpun gagal mengulangi kualiti yang ditunjukkan Sabtu lalu.

Kredit foto Malaysian Football League

Khairulazhan Khalid – 5/10

Bermain baik kecuali kesilapan bola muntahnya yang membawa kepada jaringan penyamaan pasukan tuan rumah.

A. Namathevan – 6/10

Sama seperti perlawanan lalu, pertahanan kanan ini bermain baik di bawah, tetapi hantaran-hantaran lintang yang dilakukannya di atas gagal menemui sasaran.

Sharul Nazeem – 6/10

Mengawal barisan pertahanan dengan baik secara umumnya, tetapi hanya sekali kehilangan tumpuan dan pasukan lawan dapat menyamakan kedudukan.

Shivan Pillay – 5/10

Sejujurnya pertahanan tengah ini menampilkan persembahan yang lebih menggusarkan berbanding Sabtu, sekurang-kurangnya satu kesilapan yang dilakukannya hampir-hampir menyebabkan pasukan dibolosi.

Jordan Ayimbila – 6/10

Pertahanan kiri ini bertahan dengan baik di bawah dan agak efektif dalam membantu transisi ke serangan.

Safuwan Baharudin – 6/10

Pemain ‘CDM’ ini menghasilkan permainan dengan kualiti yang serupa, sekali lagi di hadapan barisan pertahanan majoriti muda.

Hein Htet Aung – 6/10

Pemain tengah ini tidak begitu berkesan seperti Sabtu lalu dari segi hantaran-hantarannya.

Alex Agyarkwa – 7/10 (Pemain Terbaik Perlawanan)

Penampilan perlawanan dan kesebelasan utama kedua beliau musim ini, pemain tengah ini bermain baik dan menghasilkan satu bantuan gol.

Aliff Haiqal – 6/10

Pemain sayap ini ada idea, tapi tidak dapat diterjemahkan kepada hantaran-hantaran yang berbahaya dan dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Nor Hakim Hassan – 5/10

Seorang lagi pemain sayap yang tidak bermain secara berkesan, malah gagal menyudahkan satu peluang keemasan terhidang dalam separuh masa kedua.

Danial Asri – 7/10

Sekali lagi bermain sebagai penyerang utama, dia menyumbat gol pertama pasukan pelawat dan seterusnya mengancam barisan pertahanan lawan secara berkesan.

Pemain-pemain gantian:

Nik Sharif – 7/10

Tidak berputus asa, usaha pemain serangan ini dibalas dengan kejayaan menyumbat gol kemenangan di minit-minit akhir permainan.

Shahrel Fikri, Sean Selvaraj, Syahmi Safari – NA

Pemain-pemain pertukaran separuh masa kedua yang berjaya membantu pasukan mengutip kemenangan.

Tamat Ratings Kuching lwn Selangor FC. Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.