tujuh lagi pemain Selangor

Ratings – Gergasi perolehi kemenangan di sebalik permulaan buruk

Ratings Perak lwn Selangor FC mengupas persembahan pemain-pemain simpanan Gergasi merah yang diturunkan dalam perlawanan Kumpulan B terakhir sebelum mereka beraksi dalam peringkat suku akhir.

Tauffiq Ar Rasyid – 5/10

Hanya penampilan pertama penjaga gol ini musim ini, dan dia melakukan kesilapan tidak lama selepas perlawanan bermula; kegugupannya membawa kepada gol pasukan tuan rumah sekaligus menyukarkan kerja pasukan. Namun dia bangkit memperkemaskan aksinya dan akhirnya membantu pasukan mengutip kemenangan.

A. Namathevan – 6/10

Kembali dalam kesebelasan utama, pertahanan kanan ini masih tergugat dengan barisan serangan lawan, namun dapat dapat bertahan secukupnya dan membantu semasa menyerang.

Tim Heubach – 6/10

Perlawanan pertama ‘centre back’ ini setelah lama tercedera dan menjalani pemulihan. Dilihat bermain sederhana baik dalam separuh masa pertama walaupun sedikit lambat, dengan gol pasukan tuan rumah tidak boleh dipersalahkan kepadanya. Digantikan di awal separuh masa kedua.

Ashmawi Yakin – 6/10

Ada kalanya pertahanan tengah ini sedikit goyah, tetapi persembahannya cukup untuk memastikan gawang Selangor tidak dibolosi dari situasi yang boleh dijangka.

Aidil Azuan – 6/10

Salah seorang dari dua ‘debutant’ malam ini, pemain pertahanan kiri muda ini dilihat sedikit terganggu dengan asakan-asakan pasukan lawan di bahagian sayapnya.

Manuel Konrad – 6/10

Juga seorang lagi pemain yang mendapat penampilan pertama setelah lama tercedera, namun pemain tengah bertahan ini tenggelam dan dikeluarkan pada awal separuh masa kedua.

K. Sarkunan – 6/10

Pemain tengah ini bekerja keras sepanjang perlawanan, membantu memastikan tuan rumah jarang dapat mengasak dari bahagian tengah.

Sean Selvaraj – 7/10 (Pemain Terbaik Perlawanan)

Pemain serangan ini menjalankan tugas dengan baik sepanjang perlawanan, mengancam pertahanan lawan dan membuka ruang yang boleh digunakan. Lebih baik lagi, dia menjadi titik kebangkitan pasukan selepas menjaringkan gol penyamaan sewaktu masa semakin suntuk.

Danial Asri – 7/10

Bermain baik walaupun tidak begitu menyerlah sebagai penyerang sokongan. Namun hantaran-hantarannya membahayakan dan akhirnya berhasil melakukan ‘assist’ bagi gol penyamaan pasukan pelawat.

Saiful Iskandar – 6/10

Pemain kedua yang mendapat penampilan pertama dengan pasukan utama malam ini, pemain sayap ini melengkapi peranan Sean dengan baik, apabila dia juga mengancam pertahanan Perak di sayap kiri.

Shahrel Fikri – 5/10

Penyerang ini tidak menampilkan persembahan setajam Ahad lalu kecuali satu percubaan yang hanya mengenai palang gol, dan dia dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Pemain-pemain gantian:

Wan Zack Haikal – 7/10

Tidak menunggu masa yang lama, dia menjadi wira selepas dimasukkan apabila menjaringkan gol kemenangan di penghujung perlawanan melalui satu sepakan percuma yang cantik.

Shivan Pillay, George Attram, Nik Sharif, Syahmi Safari – NA

Pemain-pemain pertukaran separuh masa kedua yang berjaya membantu pasukan kembali dari ketinggalan sebelum mengutip kemenangan.

Tamat Ratings Perak lwn Selangor. Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.