Minit terbanyak pemain Selangor

Ratings – Ifedayo pimpin Gergasi tumbangkan Badak

Pertembungan Sabah-Selangor dalam minggu ke-21 Liga Super menyaksikan pasukan tuan rumah lunyai dibelasah pelawat 6-0.

Khairulazhan Khalid – 8/10

Ada kalanya hampir-hampir tertewas, tapi penjaga gol ini dapat melakukan secukupnya untuk mengelak dari dibolosi.

Namathevan Arunasalam – 7/10

Pertahanan kanan ini tidak ‘outstanding’, yang sebenarnya bukanlah satu kritikan, tapi ralat pula bila dilihat banyak hantaran-hantaran silang yang dilakukannya ke kotak penalti sedikit tersasar, walaupun diakui berbahaya.

Sharul Nazeem Zulpakar – 7/10

Kembali ke kesebelasan utama selepas penggantungan, ‘centreback’ ini yakin dan menunjukkan peningkatan, berbanding perlawanan bertemu Sabah di tempat sendiri awal musim.

Jordan Ayimbila – 7/10

Kembali ke pasukan utama, tapi sebagai pertahanan tengah. Pasukan tuan rumah tidak begitu tajam dan dia dapat mengekalkan ‘clean sheet’, walaupun hampir tertewas dengan satu percubaan bak ‘FIFA scripted loss’ di separuh masa kedua perlawanan Sabah-Selangor ini.

Syahmi Safari – 7/10

Sekali lagi dimainkan di posisi pertahanan kiri dan sebagai kapten pasukan, Syahmi menjalankan tugasnya dengan elok, apabila bahagian sayap yang dikawalnya itu jarang digunakan Sang Badak untuk menyerang.

Oliver Buff – 7/10

Pemain tengah ini lebih baik prestasinya apabila dilihat lebih banyak bertahan dalam perlawanan ini, berpasangan dengan Sarkunan Krishnansamy. Turut dapat mengutip satu ‘assist’.

Sarkunan Krishnansamy – 6/10

Menggantikan Manuel Konrad, pemain tengah bertahan ini dilihat lebih efektif berbanding Konrad dari segi bertahan. Dia kerap memintas hantaran-hantaran pasukan tuan rumah dan menumpulkan serangan mereka. Namun dalam membantu serangan, Sarkunan kerap gagal menghantar bola dengan baik, dan juga terpaksa mengutip kad kuning dalam satu cubaan menghentikan serangan Sabah.

Hein Htet Aung – 7/10

Pemain tengah serangan ini mengancam seperti biasa dan melakukan satu bantuan gol pada separuh masa pertama, tetapi sedikit tenggelam selepas waktu rehat sebelum dikeluarkan.

Baca juga: Gergasi muda pernah ‘sepasukan’ dengan Camavinga

Aliff Haiqal Lau – 7/10

Kembali ke kesebelasan utama, pemain serangan ini efektif dalam membantu membahayakan gawang gol Sabah, walaupun dia tidak menyerang secara ‘direct’.

Mukhairi Ajmal – 8/10

Pemain serangan remaja ini dilihat sedikit lebih tajam hantaran dan cubaannya, menentang pasukan yang tidak berprestasi baik. Kegagalan bermain baik ini yang membawa kepada jaringan sulung Liga Super Mukhairi, sebelum separuh masa pertama tamat. Sayangnya, gol itu turut menyebabkan dia mengalami apa yang nampak seperti kecederaan ‘hamstring’ dan terpaksa digantikan pada waktu rehat.

Ifedayo Olusegun – 9/10 (Pemain Terbaik Perlawanan)

Memang hebat penyerang ini. Dalam tempoh dua minit di separuh masa pertama, dia memecahkan rekod jaringan terbanyak individu yang dimiliki Mohamad Ghaddar; dua golnya membawa jumlah jaringan individunya musim ini dalam liga ke 24 gol. Namun begitu dia terpaksa menunggu lama untuk melengkapkan hatrik dan memberikan peluang kepada rakan-rakan sepasukan untuk menjaringkan gol (sempat pula tu terlepas beberapa peluang dan memungut satu ‘assist’!). Dia akhirnya menyempurnakan hatrik ini sejurus sebelum permainan tamat.

Pemain-pemain gantian:

Nor Hakim Hassan – 8/10

Baru beberapa saat masuk apabila separuh masa kedua bermula, pemain sayap ini menjaringkan sebuah gol yang menggiurkan, sebelum seterusnya membantu melalui hantaran-hantaran ke kotak penalti yang berbahaya, dan membantu Ifedayo mencatat gol ketiga melalui satu bantuan gol.

Danial Asri – 8/10

Sama seperti Hakim, penyerang yang dimasukkan pada minit ke-74 ini tak memerlukan banyak masa, menyambar peluang untuk menjaringkan gol seminit kemudiannya. Dia seterusnya membantu barisan serangan dengan jayanya.

Sean Selvaraj, R. Dinesh, Nik Sharif Haseefy – NA

Tidak dapat tempoh bermain yang cukup untuk melakukan impak dalam perlawanan Sabah-Selangor.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.