Ratings Selangor lwn KLC

Ratings – Aksi tak tentu hala bawa Gergasi ke pintu penyingkiran

Ratings Selangor lwn KLC menilai persembahan buruk yang dipamerkan anak-anak buah Karsten Neitzel dalam aksi suku akhir Piala Malaysia pertama, yang berakhir dengan kekalahan 2-0.

Kredit foto Selangor FC

Khairulazhan Khalid – 5/10

Tidak berjaya menghasilkan ‘saves’ yang menyelamatkan pasukan.

A. Namathevan – 5/10

Pertahanan kanan ini tidak efektif semasa bertahan, dan gagal membantu serangan.

Sharul Nazeem – 5/10

‘Centre back’ yang tidak melakukan secukupnya untuk mengelak dari dibolosi dua kali di laman sendiri.

Shivan Pillay – 4/10

Entah kenapa pertahanan tengah ini yang menjadi pilihan Karsten Neitzel untuk bermula, dan dalam perlawanan ini dia semakin goyah. Satu kesilapannya hampir membawa kepada gol lawan, dan tiap kali memegang bola kita pasti risau apa yang akan dilakukannya.

Syahmi Safari – 4/10

Beraksi sebagai pertahanan kiri, ketua pasukan ini tidak berkesan dalam membantu serangan, kerap diasak malah hampir-hampir mengutip kad kuning kedua sebelum digantikan.

Oliver Buff – 5/10

Kembali beraksi setelah lama tercedera, namun pemain tengah ini tenggelam tanpa aksi meyakinkan.

Hein Htet Aung – 5/10

Pemain tengah ini tidak begitu berkesan dalam hantaran-hantarannya.

Alex Agyarkwa – 6/10 (Pemain Terbaik Pasukan)

Membuktikan dia berhak berada dalam kesebelasan utama menerusi kawalan bola dan hantaran-hantaran yang baik.

Danial Asri – 5/10

Bermain baik dengan naik dan turun dan melakukan hantaran-hantaran berbahaya. Namun pemain serangan ini hanya dapat beraksi dalam separuh masa pertama sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua, mungkin akibat kecederaan.

Shahrel Fikri – 5/10

Penyerang utama ini dikawal terlalu ketat pasukan lawan dan tidak dapat memecahkan kebuntuan.

Nor Hakim Hassan – /10

Bekerja keras malam ini, tetapi pemain sayap ini tidak bergabung baik dengan Shahrel dan dikeluarkan selepas perlawanan berlangsung sejam.

Pemain-pemain gantian:

Aliff Haiqal, Wan Zack Haikal, Jordan Ayimbila, George Attram – NA

Pemain-pemain pertukaran separuh masa kedua yang tidak berjaya membantu pasukan mengelakkan kekalahan.

Tamat Ratings Selangor lwn KLC. Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.