Ratings Selangor lwn Kuching

Ratings – Bintang muda tempatan jadi wira Gergasi

Ratings Selangor lwn Kuching City menyaksikan pemain-pemain tempatan sama hebat dengan bintang-bintang luar.

Kredit foto utama Selangor FC

Khairulazhan Khalid – 7/10

Tidak berjaya mengelak dari dibolos menerusi sepakan penalti, walaupun lawan jarang mengancam.

A. Namathevan – 7/10

Baik ketika bertahan, malam ini pertahanan kanan ini berupaya turut melakukan ancaman-ancaman terhadap pertahanan lawan.

Sharul Nazeem – 7/10

Kembali selepas pulih dan terlepas panggilan Harimau Malaya, ‘centre back’ ini nampak sedikit gugup dan masih sedikit senang terganggu dengan lawan yang tidak begitu membahayakan.

Shivan Pillay – 6/10

Main sebagai pertahanan tengah malam ini, pemain muda ini sedikit goyang dan melakukan kesilapan peribadi yang menghadiahkan sepakan penalti awal kepada lawan.

Jordan Ayimbila – 7/10

Salah seorang pemain yang bekerja keras malam ini, dan usahanya mengejar bola dan menjolok dari kiri membawa kepada gol kedua sewaktu situasi kelihatan sukar buat Gergasi Merah.

Safuwan Baharudin – 7/10

Pemain serba boleh ini berfungsi sebagai pemain tengah bertahan dalam perlawanan ini, dan membawa pengalaman kepada barisan pertahanan yang dibarisi pemain muda yang ada kalanya gugup.

Hein Htet Aung – 8/10

Menyerang dari barisan tengah dengan baik dan mengutip satu gol dan ‘assist’.

Alex Agyarkwa – 7/10

Pemain tengah ini menampilkan debut dengan pasukan utama yang memberangsangkan. Dia mengawal bahagian tengah padang dengan baik menggunakan ‘feint’ bagi mencipta ruang untuk membawa bola ke atas. Sudah pasti dia mencuri perhatian penyokong dan barisan jurulatih.

Aliff Haiqal – 6/10

Beraksi di bahagian sayap, pemain muda ini sedikit kurang efektif berbanding pemain-pemain lain yang menyerlah, dan digantikan dalam separuh masa kedua.

Nor Hakim Hassan – 6/10

Pemain sayap ini sedikit tenggelam, tidak banyak melakukan larian berbahaya dan membuka ruang. Digantikan dalam separuh masa kedua.

Danial Asri – 9/10 (Pemain terbaik perlawanan)

Penyerang yang menggantikan mesin gol Ifedayo Olusegun sebagai penyerang utama ini bermula senyap dalam separuh masa pertama dan sedikit berat, namun dapat membantu menghasilkan jaringan pertama menerusi percubaannya. Setelah rehat dia bekerja lebih keras, mengejar setiap bola dan mendapat hasil lumayan. Gol pertamanya datang apabila dia cergas menyambar bola muntah, dan usahanya mengejar bola seterusnya mendatangkan penalti yang disudahkan Safuwan. Dia sekali lagi memaparkan ‘alertness’ untuk menyambar satu lagi tepisan lemah penjaga gol, untuk mengutip gol keduanya.

Pemain-pemain gantian:

Sean Selvaraj – 7/10

Masuk sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua, pemain sayap ini sempat menambah gol kelima Selangor sejurus sebelum permainan tamat.

Shahrel Fikri, Nik Sharif, K. Sarkunan, Ashmawi Yakin – NA

Pemain-pemain pertukaran separuh masa kedua yang berjaya membantu pasukan mengutip kemenangan.

Tamat Ratings Selangor lwn Kuching

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.