Ratings Selangor lwn Terengganu

Ratings – Kesilapan-kesilapan sendiri dihukum Sang Penyu kali keempat

Ratings Selangor lwn Terengganu menilai persembahan anak-anak buah Karsten Neitzel pada malam mereka kalah akibat kesilapan-kesilapan sendiri.

Kredit foto Selangor FC

Khairulazhan Khalid – 4/10

Salah satu persembahan terburuk penjaga gol Malaysia ini musim ini, apabila kesilapan-kesilapan peribadinya menyebabkan pasukan lawan mendapat tiga gol pada hari lahirnya.

Syahmi Safari – 6/10

Mengawal sayap kanan dengan baik dan tidak melakukan banyak kesilapan.

Sharul Nazeem – 6/10

Menunjukkan keyakinan dalam mengawal bahagian pertahanan, tetapi aksinya dihadkan kecederaan dalam separuh masa kedua dan terpaksa digantikan.

Ashmawi Yakin – 6/10

Ada kalanya ‘centre back’ ini sedikit senang digugat oleh barisan serangan lawan, tetapi masih mampu memberikan persembahan baik. Namun sama seperti pasangannya, Mawi terpaksa dikeluarkan akibatkan tercedera.

Jordan Ayimbila – 6/10

Pertahanan kiri ini berjaya mengelakkan sayap padang yang dijaganya dari terlalu diancam.

Safuwan Baharudin – 6/10

Tidak menyerlah malam ini, dan pemain tengah ini banyak bermain di atas berbanding dalam dua perlawanan sebelum ini.

Hein Htet Aung – 6/10

Berjaya membuka ruang melalui hantaran-hantarannya, sayangnya pemain serangan sedikit terkunci langkah akibat kawalan ketat pemain pertahanan lawan.

Alex Agyarkwa – 6/10

Pemain tengah ini bermain sedikit bertahan menentang pasukan yang lebih ampuh.

George Attram – 5/10

Debut penyerang Selangor 2 bersama pasukan utama gagal menghasilkan persembahan yang meyakinkan. Dia dilihat gugup dan gagal menggunakan kelebihan fizikalnya untuk mengekalkan bola di bahagian atas, dan dikeluarkan pada waktu rehat.

Nik Sharif – 6/10

Selepas menjadi wira Rabu lalu, pemain sayap ini sedikit tenggelam kerana tidak begitu tajam dan efektif dalam mengancam barisan pertahanan lawan ataupun membuat hantaran-hantaran tepat.

Danial Asri – 6/10

Sedikit tenggelam apabila kehilangan posisi penyerang utama, dan tidak banyak membantu pasukan sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Pemain-pemain gantian:

Shahrel Fikri – 7/10 (Pemain Terbaik Pasukan)

Jika ada tiga orang lagi pemain Selangor yang berperwatakan seperti Eky, pasti selesai 50 peratus masalah Karsten musim ini. Dia masuk sahaja sebagai pemain gantian apabila separuh masa kedua bermula, barisan serangan pasukan tuan rumah menjadi lebih berbahaya melalui percubaan-percubaan tepat yang dilakukannya. Akhirnya menemui sasaran apabila menjaringkan gol tunggal Selangor, namun ia ibarat disia-siakan kerana kesilapan-kesilapan pasukan di bahagian pertahanan.

Nor Hakim Hassan – 6/10

Efektif sebagai pemain gantian apabila kerja keras pemain sayap ini mengejar bola dan mengasak lawan membawa kepada gol tunggal Selangor dan ‘assist’ buat beliau.

Shivan Pillay, K. Sarkunan, Aliff Haiqal – NA

Pemain-pemain pertukaran separuh masa kedua yang tidak berjaya membantu pasukan mengelakkan kekalahan.

Tamat Ratings Selangor lwn Terengganu. Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.