Sean Selvaraj, Ratings Terengganu lwn Selangor

Ratings – Gergasi gagal bermain seperti nak menang dengan Penyu

Ratings Terengganu lwn Selangor bagi pusingan kedua Kumpulan B Piala Malaysia 2021 menilai persembahan skuad Merah Kuning dalam satu perlawanan yang menyaksikan mereka tumpas kepada pasukan yang lebih baik dari segala aspek.

Kredit foto utama Selangor FC

Khairulazhan Khalid – 5/10

Tidak berjaya mengelak dari dibolosi dua kali.

Syahmi Safari – NA

Seorang lagi mangsa kecederaan, dan terpaksa dikeluarkan di awal permainan walaupun dijadualkan mengikuti perlawanan persahabatan bersama-sama Harimau Malaya tidak lama lagi.

Safuwan Baharudin – 6/10

Sekali lagi menunjukkan kepimpinan untuk mengetuai barisan pertahanan, tapi kali ini ia tidak cukup untuk mengelak dari kalah kepada pasukan sebaik Terengganu.

Ashmawi Yakin – 6/10

Terlalu senang diganggu pemain serangan tuan rumah yang mengakibatkan terbolos dua gol, tapi menyumbang melalui golnya di penghujung perlawanan untuk memberikan Selangor harapan.

Jordan Ayimbila – 5/10

Pertahanan kiri ini menunjukkan sedikit peningkatan, tetapi kerap diancam pemain serangan tuan rumah. Digantikan sejurus selepas rehat.

Shivan Pillay Asokan – 5/10

Terlalu bersahaja apabila dia seharusnya membantu barisan pertahanan sebagai pemain tengah bertahan, dan tidak menjalankan tugasnya dengan berkesan.

Hein Htet Aung – 5/10

Pemain tengah menyerang ini telah dikunci ketat oleh pemain lawan.

Mukhairi Ajmal – 6/10

Turun sebagai pemain tengah malam ini, pemain remaja ini tidak dapat bergabung baik dengan pemain serangan dan dikeluarkan pada separuh masa kedua, yang merupakan keputusan yang agak menghairankan.

Wan Zack Haikal – 6/10 (Pemain terbaik pasukan)

Tidak berjaya mengancam barisan pertahanan Terengganu dengan baik melalui larian-lariannya, tapi kerja keras pemain serangan ini berhasil apabila percubaannya membawa kepada gol tunggal pasukan pelawat.

Sean Selvaraj – 6/10

Pemain serangan ini dilihat membuka dan mencari ruang dengan baik, tetapi masih tidak berjaya meyakinkan jurulatih untuk mengekalkannya di atas padang buat separuh masa kedua.

Ifedayo Olusegun – 5/10

Penyerang ini ibarat halimunan di mata rakan-rakan sepasukannya yang gagal memberikan hantaran-hantaran berbahaya kepadanya. Ini menyebabkan dia terpaksa turun ke bawah dan membantu ‘distribution’ bola.

Pemain-pemain gantian:

A. Namathevan, R. Dinesh, Aliff Haiqal, Nor Hakim Hassan, Harith Haikal – NA

Pemain-pemain pertukaran yag tidak dapat mengubah nasib pasukan.

Tamat Ratings Terengganu lwn Selangor

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.