Red Giants Physio Clinic

Red Giants Physio Clinic tawarkan konsultasi percuma kepada orang ramai

Selangor FC pada hari Rabu, 25 Ogos secara rasminya mengumumkan pembukaan operasi klinik fisioterapi mereka, Red Giants Physio Clinic (RGPC) kepada orang ramai.

Pusat rawatan yang baru siap pada tahun ini telah pun digunapakai oleh pemain-pemain Merah Kuning, tetapi RGPC kini telah mula menawarkan rawatan secara berbayar kepada orang ramai.

Klinik yang terletak bersebelahan Pusat Latihan FAS di Seksyen 6, Shah Alam ini dikendalikan sepenuhnya oleh kelab dan staf-staf perubatan mereka.

Kami akan biarkan pengumuman kelab sendiri menjelaskan perkhidmatan dan rawatan yang mereka tawarkan.

“RGPC yang baharu ditubuhkan tahun ini sebagai pusat pemulihan sukan, pasca operasi, pengurusan kesakitan dan pusat fisioterapi ini akan dikendalikan secara menyeluruh oleh Kelab Bola Sepak Selangor (SFC).

“Antara servis yang disediakan adalah diagnosis kecederaan, khidmat konsultasi perubatan dan selain pelbagai rawatan keadaan seperti sakit belakang, sakit leher, patah tulang, masalah berkaitan postur badan, rawatan pemulihan kecederaan sukan dan banyak lagi.

“…Selain mempunyai pakar dalam bidang fisioterapi, RGPC juga dilengkapi dengan aset-aset peralatan fisioterapi canggih dan terkini seperti Super Inductive System (SIS), Capacitive and Resistive Energy Transfer (TECAR), Laser Therapy dan Shockwave Therapy untuk merawat pelbagai kecederaan yang berkaitan dengan sukan dengan lebih cepat dan efektif,”

Buat masa ini, Red Giants Physio Clinic juga menawarkan konsultasi secara percuma, dan mereka yang berminat boleh mendapatkan konsultasi secara percuma. Temujanji boleh dibuat dengan cara menghubungi WhatsApp +60166251936.

Memandangkan ini merupakan kemudahan fisioterapi sama yang digunakan oleh pemain-pemain kelab, ia bermakna mereka yang menjalani rawatan di sini akan mendapat rawatan yang turut diterima pemain-pemain bertaraf profesional dan wakil negara. Bahan-bahan promosi klinik ini juga menampilkan bintang-bintang Merah Kuning seperti Syahmi Safari dan Shahrel Fikri Fauzi.

Dari sisi lain, klinik ini merupakan salah satu cara kelab kesayangan kita mula bertatih untuk menjana kewangan sendiri sebagai sebuah kelab bolasepak zaman moden. Tahniah diucapkan kepada pengurusan kelab, dan sudah pasti penyokong-penyokong setia menantikan projek seterusnya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.