RMS kunjungi Brendan & Shahrel

Video: RMS pantau rehabilitasi Brendan, Shahrel di RGPC

Menerusi satu video yang dimuatnaik Selangor FC pada Selasa, 19 Oktober, dilihat pengerusi kelab Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin atau lebih dikenali dengan RMS kunjungi Brendan dan Shahrel Fikri Fauzi di pusat fisioterapi kelab, Red Giants Physio Clinic (RGPC).

Kredit tangkap layar Selangor FC

Dalam video pendek berdurasi dua minit lebih itu, baginda Tengku Amir yang juga merupakan Raja Muda Selangor dilihat melawat kapten pasukan Brendan Gan dan Shahrel, penyerang, yang kedua-duanya sedang menjalani proses pemulihan.

Baginda juga dilihat mendapat taklimat dari Helber Richard, pakar fisioterapi pasukan utama dan berbincang dengan Brendan.

Seperti yang diketahui ramai, Brendan Gan sedang menentang barah testis, dan dipercayai meluangkan masa di Red Giants Physio Clinic untuk mendapatkan semula kecergasan setelah melalui rawatan kemoterapi. Kita ucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain Malaysia-Australia berusia 33 tahun ini, yang memang dikenali ramai kerana kecekalannya.

Manakala Shahrel Fikri yang berusia 27 tahun pula sedang memulihkan keretakan fibula kanan yang dialaminya dalam perlawanan mementang Sri Pahang di Kuantan pada 5 Mei lalu. Penyerang Harimau Malaya ini terpaksa berehat lama, namun baru-baru ini dilihat beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang PDRM FC, yang dilangsungkan minggu lalu.

Diharapkan selepas RMS kunjungi Brendan & Shahrel Fikri, kedua-dua bintang Gergasi Merah ini mendapat suntikan semangat dan dapat segera kembali beraksi di hadapan penyokong.

Bagi penyokong Merah Kuning yang belum mengetahui, RGPC merupakan pusat fisioterapi milik kelab yang baru dilancarkan kira-kira dua bulan lalu. Selain dari menjadi pusat rawatan buat pemain-pemain kelab, ia juga menawarkan rawatan fisioterapi berbayar kepada orang ramai. Lokasinya hanya bersebelahan dengan Pusat Latihan FAS di Seksyen 6, Shah Alam. Ini merupakan peluang buat kita menerima rawatan setaraf dengan apa yang diterima atlet-atlet profesional.

Namun RGPC mengumumkan yang ia akan ditutup sementara dari 24 hingga Oktober ini bagi kerja-kerja penambahbaikan.

Follow laman Facebook kami untuk mendapatkan perkembangan terbaru Selangor FC dan bolasepak negeri Selangor

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.