Penjualan Syahmi dan Rodney

Rodney, Khairulanwar sertai KDA

Menurut pengumuman terbaru, dua orang anggota Selangor FC telah berhijrah ke pasukan baru, iaitu pertahanan tengah Rodney Celvin dan jurulatih kecergasan, Khairulanwar Md Isa. Rodney dan Khairulanwar sertai Kedah Darul Aman (KDA), menerusi pengumuman kelab itu di laman sosial mereka.

Kredit foto KDA FC

Rodney atau turut dikenali dengan nama panggilan ‘Bonai’ telah beraksi secara pinjaman bersama skuad Kenari dalam musim 2021, dengan 14 penampilan dalam Liga Super sebelum musimnya terhenti awal akibat kecederaan bahu. Sebelum itu, Rodney sempat beraksi semusim dengan Gergasi Merah pada tahun 2020.

Bekas pemain Malaysia B-23 yang turut mempunyai darah campuran Ghana ini memang mahu dikekalkan KDA biarpun tempoh pinjaman telah tamat, dan dikatakan minat ini tidak bertepuk sebelah tangan dengan KDA akan beraksi dalam Piala AFC musim ini.

“Pemain berusia 25 tahun yang berasal dari Sarawak ini kembali bersama KDA FC dengan status sebagai pemain berkontrak penuh dengan skuad hijaukuning. Usaha mengikat khidmat pemain pertahanan ini melalui beberapa cabaran selepas status pinjaman beliau dari pasukan Selangor bersama KDA tamat November lepas.

“Prestasi cemerlang beliau meyakinkan barisan kejurulatihan untuk terus mendapatkan khidmatnya secara tetap, usaha berterusan pihak pengurusan diterajui Ketua Pegawai Eksekutif KDA, Khamal Idris Ali sejak bulan lepas membuahkan hasil, akhirnya mendapat pelepasan secara penebusan kontrak Rodney Celvin melalui rundingan KDA dan Selangor. KDA berjaya mengikat beliau secara kekal untuk perancangan jangka masa panjang selaras dengan penstrukturan semula pasukan bagi musim 2022.”

Dengan berlalunya Rodney, dilihat Gergasi Merah mempunyai tiga pemain berstatus berpengalaman yang boleh bermain di posisi ‘centreback’, iaitu Ashmawi Yakin, Safuwan Baharudin dan Yazan Al-Arab, manakala pertahanan tengah berstatus pemain muda adalah Azrin Afiq, Harith Haikal dan Sharul Nazeem. Di samping itu, masih ada satu slot pemain import yang belum diisi bagi musim akan datang.

KDA juga turut mengumumkan pelantikan bekas jurulatih kecergasan Selangor, Khairulanwar Md Isa. Dia menggantikan bekas pelari pecut negara Azmi Ibrahim yang telah berkhidmat dengan Sang Kenari dari 2019. Tugas Khairulanwar di Selangor pula telah diambil alih oleh Mashiedee Sulaiman.

Selamat berjaya kita ucapkan kepada Rodney dan Khairulanwar sertai pasukan baru.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.