Rusdi Suparman mahu hasilkan

Rusdi mahu hasilkan penyerang bermutu

Pelantikan pengarah sukan Selangor FC, Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih pasukan utama bagi musim 2022 memaksa dia meninggalkan jawatan ketua jurulatih pasukan simpanan, yang kini digalas bekas pembantu Michael, Rusdi Suparman. Dalam sebuah temubual dengan Astro Arena, dinyatakan yang Rusdi Suparman mahu hasilkan penyerang berkualiti bagi pasukan utama.

Kredit foto Malaysian Football League

Selain memastikan anak-anak buahnya beraksi dengan baik, Rusdi yang juga bekas penyerang Gergasi Merah dan Harimau Malaya berhasrat mahu melahirkan penyambung peranan yang digalasnya satu ketika dahulu.

“Kami ingin memperbaiki kedudukan kami [dalam liga]. Kami berharap pemain-pemain baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem permainan kami dan pemain-pemain import dapat membantu pasukan.

“Selain dari pembentukan pasukan yang mantap, saya memang bercita-cita melahirkan penyerang Selangor yang boleh beraksi di peringkat lebih tinggi,” jelas jurulatih berusia 48 tahun ini.

Sejak ditubuhkan mulai musim 2020, pasukan simpanan Selangor, Selangor 2 telah berjaya membawa naik seorang penyerang ke pasukan utama secara rasmi, iaitu Ahmad Danial Asri. Dalam musim pertamanya pada tahun 2021, Danial menunjukkan prestasi baik dengan menjaringkan enam gol.

Musim ini mereka mempertaruhkan majoriti muka lama dalam barisan serangan termasuk pemain dari Ghana George Attram, yang telah melakukan penampilan pertamanya dengan pasukan utama musim lalu. Penyerang baru adalah Abdul Rahman Daud, 17 tahun yang baru tamat latihan dan pengajian di Akademi Mokhtar Dahari.

Dalam musim terbaru Liga Premier Malaysia, Selangor 2 sekadar menamatkan saingan di tangga kesembilan dari 11 pasukan. Di samping Rusdi Suparman mahu hasilkan penyerang-penyerang berkualiti, sudah pasti kita mengharapkan pasukan simpanan ini dapat memberikan lebih saingan dalam divisyen dua musim ini.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.