Namathevan Arunasalam, Amri Yahyah, Sabah FC

Sabah mungkin semakin berbahaya – Khairulazhan

Walaupun lawan Selangor FC dalam aksi Liga Super hujung minggu ini, Sabah FC terpaksa beraksi tanpa ketua jurulatih, mereka berkemungkinan semakin berbahaya, menurut Khairulazhan Khalid.

Pengurusan Sang Badak bertindak merehatkan pengendali dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto setelah pasukan Malaysia Timur itu gagal menang dalam lapan perlawanan berturut-turut, dan baru-baru ini dimalukan pasukan tangga tercorot UiTM FC dengan kekalahan 4-0. Tugas itu kini diambil alih Burhan Ajui buat sementara waktu.

Baca juga: Lawan seterusnya Selangor beraksi tanpa ketua jurulatih

Di sebalik krisis yang melanda Sabah, penjaga gol utama Selangor itu tidak mahu rakan sepasukan memandang mudah perlawanan minggu ke-21 yang bakal dilangsungkan di Stadium Likas pada Ahad ini, 5 September.

“Saya berpesan kepada rakan sepasukan agar tidak bersikap sambil lewa ketika bertemu Sabah kerana mereka mahukan kemenangan sebab kalah dengan UiTM.

“Motivasi mereka beraksi di tempat sendiri mungkin lagi meningkat,” jelasnya seperti yang dipetik dari Astro Arena.

Sepanjang Sabah berada di bawah kendalian Kurniawan, mereka mencatat rekod satu seri dan satu kekalahan menentang Gergasi Merah.

Sepanjang musim ini, Sabah FC sudah mengutip empat kemenangan, dua seri dan empat kekalahan di tempat sendiri, manakala Selangor telah enam kali menang, tiga kali seri dan sekali tumpas di tempat lawan. Sabah kini di tangga ketujuh dengan 19 mata, manakala anak-anak buah ketua juru latih Karsten Neitzel berada di tempat kelima dengan 33 mata.

Dalam pertembungan terbaru kedua-dua pasukan pada 23 April, dalam pusingan kesepuluh, pasukan pelawat yang terlebih dahulu membuka jaringan melalui bekas pemain Selangor Amri Yahyah pada minit ke-31. Merah Kuning bangkit mendahului menerusi ‘brace’ Ifedayo Olusegun pada minit ke-57 dan 72, tetapi kecuaian di saat akhir membolehkan Bobby Gonzales menanduk masuk gol penyamaan saat-saat akhir pada minit ke-88.

Kecuaian di saat akhir inilah yang kerap dilakukan pasukan Selangor musim ini, terbaru sekali hanya minggu lalu berdepan Melaka United, dan telah menyebabkan mereka keciciran mata dan kedudukan liga.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.