Safuwan Baharudin luah perasaan

Luahan hati Safuwan – ‘Saya masih tercari-cari Piala Malaysia pertama’

Musim 2021 sudah pun tamat buat Selangor FC dengan menghabiskan saingan Liga Super di tangga kelima dan kempen Piala Malaysia di peringkat suku akhir. Ramai yang telah memberikan pendapat mengenai prestasi dan pencapaian Gergasi Merah musim ini, dan terbaru adalah pemangku ketua pasukan sendiri. Dalam sebuah muatnaik di laman Instagram beliau, Safuwan Baharudin luah perasaan mengenai musim ini, musim keduanya di Shah Alam.

Kredit foto Selangor FC

“Saya telah mengambil masa untuk berfikir mengenai musim 2021. Mungkin ia tidak sebaik yang dimahukan orang lain, sukar, dan banyak cabaran sepanjang musim. Percanggahan pendapat dan persetujuan akan sentiasa berlaku dalam bolasepak, tetapi keputusan-keputusan ini tidak dilakukan oleh seorang saja. Mungkin kita tidak begitu rapat tapi saya pasti kita semua merupakan keluarga yang besar.

“Kita semua kekal sekapal apabila air tenang dan juga ketika ia hampir karam. Tiada siapa yang ditinggalkan, tiada siapa yang mahu lompat keluar semasa kita melalui lautan bergelora. Penamatnya mengecewakan apabila kelab tidak membuat apa-apa pencapaian. Saya juga masih tercari-cari Piala Malaysia pertama saya.

“Walaubagaimanapun, saya masih percaya kepada dunia bola sepak dan kita akan bertembung lagi tak lama lagi. Saya harap kita masih kekal sebagai satu keluarga besar biarpun musim 2022 akan membawa perubahan. Kepada anda yang akan angkat kaki, terima kasih banyak atas segalanya. Mungkin ianya berita yang mengejutkan buat sesetengah pihak tapi inilah bola sepak, mereka yang pantas akan berlalu pergi.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua, kini masanya untuk luangkan masa dengan keluarga dan menikmati cuti sebaik-baiknya.”

Begitulah bunyinya curahan hati pemain kebangsaan Singapura ini. Safuwan Baharudin luah perasaan yang jelas ditujukan kepada rakan-rakan sepasukan Selangor musim 2021.

Biarpun mungkin tidak berapa digemari penyokong Gergasi Merah kerana apa yang dilakukannya ketika mula menyertai pasukan pada musim 2020, pemain berusia 30 tahun ini menampilkan kerja keras dan kepimpinan, untuk diberi kepercayaan menggalas peranan pemangku ketua pasukan musim ini.

Baru-baru ini dia mendapat panggilan pasukan Singapura untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan, panggilan kebangsaan pertamanya dalam tempoh dua tahun, tetapi dia hanya beraksi dalam satu perlawanan sebelum bergegas kembali ke Malaysia untuk membantu Selangor dalam suku akhir kedua menentang Kuala Lumpur City.

Pemain ‘utility’ ini telah melakukan 31 penampilan secara keseluruhan dalam dua musim ini, dan akan kekal pada musim depan. Merah Kuning 24/7 mendapat tahu yang dia turut menarik minat kelab lain, tetapi hanya akan dilepaskan jika Selangor mendapat pampasan yang tinggi.

Nama bekas pemain Lions XII, Melbourne City, dan Pahang ini turut tersenarai dalam panggilan awal skuad Singapura bagi Kejuaraan AFF 2020 yang akan berlangsung bulan hadapan di republik itu.

Ingin bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.