Safuwan Baharudin mahu kembali

Safuwan mahu kembali ke landasan kejuaraan

Beliau merupakan antara pemain yang terakhir menyertai latihan pra-musim 2022 Selangor FC, tetapi musim ini bintang Singapura Safuwan Baharudin mahu kembali memenangi trofi bersama Selangor. Ini yang diberitahu beliau kepada The Star.

Kredit foto Selangor FC

Pemain utiliti yang sudah lama beraksi dalam liga Malaysia ini tidak asing lagi dengan kejayaan, setelah menjuarai Liga Super Malaysia 2013 dan Piala FA 2015 bersama LionsXII dan Piala FA 2018 bersama Pahang. Namun kejayaan seperti ini tidak dapat diulanginya bersama Gergasi Merah sejak datang ke Shah Alam bermula musim 2020.

“Sudah agak lama saya tidak memenangi trofi dan saya fikir ini adalah masa terbaik untuk mencapainya bersama Selangor.

“Kami tidak mencapai sasaran kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana kami tidak konsisten.

Kami bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan pertama tahun lalu tetapi prestasi kami merosot menjelang penghujung. Kami tewas dalam banyak perlawanan kerana kesilapan sendiri dan hilang tumpuan,” jelas pemain berusia 30 tahun ini kepada wartawan, T. Avineshwaran.

Pada penghujung musim lalu, Safuwan pernah meluahkan kekecewaan beliau terhadap kegagalan mendakap kejuaraan bersama-sama Selangor.

Dia kemudiannya terkandas lagi bersama pasukan Singa dalam Piala AFF 2020 yang dimainkan di Singapura pada Disember 2021. Perjuangan mereka sekadar sampai ke peringkat separuh akhir setelah tumpas kepada Indonesia dalam pertembungan timbal balik yang dramatik, dan ia sudah pasti telah membuat Safuwan Baharudin mahu kembali memenangi trofi musim ini.

“Aksi peringkat separuh akhir itu merangsang warga Singapura, dan sebagai pemain bola sepak, itu adalah pendorong untuk terus mencabar kebolehan.”

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.