Saingan Asia sasaran Selangor

Saingan Asia jadi sasaran Selangor sekali lagi

Gergasi Merah mengharapkan tuah ‘third time’s the charm’, mungkin itu yang boleh dikatakan. Biarpun sudah beberapa musim gagal mencapai sasaran ini, saingan Asia sasaran Selangor FC sekali lagi menurut laporan Harian Metro.

Di bawah pentadbiran pengerusi kelab Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Gergasi Merah menyahut cabaran penyokong-penyokong yang mahu kelab ini pergi ke tahap yang lebih tinggi selepas mengungguli koleksi kejuaraan sepanjang masa sebagai pasukan terbaik Malaysia, iaitu layak ke saingan benua sama ada Liga Juara-juara ACL atau Piala AFC.

Kredit foto Tempo

Sayangnya niat yang baik sahaja tidak mencukupi; biarpun sasaran layak ke saingan Asia dinyatakan secara terus terang setiap musim, prestasi Selangor tidak cukup baik untuk memenuhi sasaran ini.

Namun ini tidak mematahkan semangat kelab untuk menghadirkan sasaran yang sama musim ini, menurut penjelasan ketua pegawai eksekutif kelab Johan Kamal Hamidon.

“Kita akan menggunakan pemain muda yang majoritinya sudah beraksi dalam pasukan utama. Sekarang ini, mereka wajib capai sasaran beraksi di pentas Liga Juara-juara ACL atau Piala AFC. Tekanan memang ada namun itu bukanlah masalah kerana pasukan sudah semestinya bekerja keras untuk mencapai sasaran itu.

“Perkara penting, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab itu dan alhamdulillah penyokong memahami usaha yang sedang dilakukan Selangor,” ujar beliau.

Selain saingan Asia sasaran Selangor, kelab ini masih kekal dengan cara kerja menggunakan pemain-pemain berusia muda dalam pasukan utama di Liga Super Malaysia.

Bagi musim 2022, tiga lagi pemain Selangor 2 telah diserap ke pasukan utama secara rasmi iaitu pemain-pemain pertahanan; Azrin Afiq, Zikri Khalili dan Harith Haiqal.

“Mereka beraksi dengan baik bersama pasukan utama sekali gus sudah tiba masanya kita memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk menggalas tanggungjawab lebih besar lagi pada musim 2022.

“Sudah tentunya, tonggak import yang baharu kita ambil akan membantu pasukan mencapai matlamat dan memberi tunjuk ajar kepada pemain muda,” kata Johan.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.