Sean Selvaraj

Video: Sean ajak duet menari di TikTok

Penyerang Selangor Sean, Selvaraj memang diketahui aktif di media sosial. Penyokong-penyokong Merah Kuning sudah pasti kerap melihat muatnaiknya di Instagram selepas tiap kali perlawanan. Tetapi pemain yang berasal dari Negeri Sembilan ini sebenarnya juga dilihat rajin menggunakan sebuah media sosial yang dikira agak baru, TikTok.

Di akaunnya, dia kerap memuatnaik video-video tarian dan ‘challenges’, yang merupakan jenis-jenis kandungan popular di media sosial ini. Yang menariknya, walaupun Sean menggunakan foto sedang beraksi dengan Selangor sebagai gambar profail, dia menyifatkan dirinya sebagai seorang “entertainer and dancer” (penghibur dan penari) di TikTok.

Salah satu video terbarunya, bertarikh 3 Julai, menayangkan pemain berusia 25 tahun ini melakukan apa yang dipanggil #boawchallenge di sebuah lokasi yang kelihatan seperti satu tempat letak kereta. Dia malahan menyarung seluar pendek yang berlambang Selangor FC dan kasut sukan, menandakan yang rakaman ini diambil sambil-sambil berlatih kendiri semasa tempoh ‘lockdown’ Covid-19.

Penyokong Gergasi Merah, apa pendapat anda mengenai tarian Sean Selvaraj ini? Adakah ianya sempoi (how do you do, fellow kids?) atau dia perlu berlatih menari lebih banyak lagi? Ada yang berminat untuk melakukan duet ini dengan Sean di TikTok?

Dalam musim ini, Sean telah bermain sembilan kali untuk Selangor, dan menjaringkan satu gol. Diharapkan dia dapat menjaringkan banyak lagi gol musim ini, supaya peminat boleh menyaksikan dia melakukan lebih banyak ‘challenges’ sebagai meraikan gol.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.