Sean Selvaraj Tiktok, Aliff Haiqal

Video: Sean dan Aliff ‘sehati berdansa’, penyokong Selangor panas

Mungkin ramai yang telah mengetahui tentang hobi pemain penyerang Selangor FC, Sean Selvaraj, Tiktok merupakan aplikasi yang kerap digunakannya untuk memuatnaik video-video tarian yang dirakamnya.

Kredit foto Selangor FC

Seperti kebanyakan pengguna aplikasi itu yang terdiri dari demografi muda remaja, pemain yang berasal dari Negeri Sembilan ini kerap melakukan tarian-tarian dan juga ‘challenge’ untuk tatapan umum di akaunnya.

Tiada apa yang salah mengenai kegiatannya ini, lagipun semua orang perlukan hobi. Malah, penyerang handalan Bayern Munich Robert Lewandowski turut diketahui ramai mempunyai minat yag sama. Namun begitu, posting terbaru Sean di Tiktok telah membuat ramai penyokong-penyokong Selangor ‘sakit mata’.

Dalam video pendek yang dimuat naik pada Rabu, 15 September itu, Sean melakukan satu tarian ringkas bersama-sama pemain muda Merah Kuning, Aliff Haiqal Lau. Kapsyen yang disertakan adalah “Duet anyone?”

@seanaldomalaysia

Duet anyone? ๐Ÿ˜…๐Ÿ•บ๐Ÿฝ@caughtyoudancing

โ™ฌ original sound – Sean Selvaraj – Sean Selvaraj

Video ini mungkin tidak akan disedari sesiapa, jika bukan kerana wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Zulhelmi, yang juga merupakan pengguna tegar aplikasi Tiktok memuat naik video tadi ke akaun Twitternya, dengan kapsyen “Bila dapat undian dengan Terengganu and Perak be like. All the best! @selangorfc”.

Komen-komen yang menyusuli muatnaik Zulhelmi tadi banyak yang mengkritik video itu.

@laaaaluu: Lagi mantap di tiktok dari atas padang

@rasyid135: Elok jual lah Sean ni.

@PadiaaHangni: Team sampah lawan PJ pun ke laut, elok la berjoget sampai turun liga perdana.

@HisyamAzizi: Tbh they got moves.

@TwtBolaPahang: Aku harap takde pemain pemain Pahang yang terlibat joget-joget ni. Kau nak joget boleh tapi pastikan kau buktikkan dulu dengan results bagus. Nak hilang stress? Penyokong ni lagi stress tengok korang.

@muhd_shahfitri: Benda ni aku tak suka. Prestasi entah ke mana benda luar padang jugak yang nak buat.

Kesimpulannya, tindakan memuat naik video ini tidak disenangi bukan saja penyokong-penyokong Selangor, malah peminat-peminat pasukan lain kerana ia kelihatan memandang rendah prestasi hambar pasukan yang baru-baru ini menamatkan saingan Liga Super 2021 hanya di tangga kelima, malahan kalah mengejut 2-1 kepada Petaling Jaya City dalam perlawanan akhir liga.

Namun apa yang pada penulis merupakan isu yang lebih penting telah disuarakan capo penyokong Selangor kelompok Ultrasel.

Sentimen sama turut diulangi @footysel.

“Belum mula kempen Piala Malaysia kita dah mula dengan โ€˜langkah kiriโ€™. Tak salah anda ingin berjoget, tapi bukan dengan lencana yang anda pakai. Fahami dengan dalam apa tujuan menyarung jersi dan cara anda membawa dan menghormati warna yang anda sarung.”

Ya, mungkin Sean dan Aliff ada ‘deniability’ yang video itu telah dirakam lama dahulu selepas habis perlawanan, tetapi perbuatan mereka ‘tergedik-gedik’ semasa menyarung kelengkapan pasukan harus dipandang serius pengurusan kelab. Betul, penggunaan laman sosial memang tak boleh disekat, tapi ada bezanya memuatnaik video santai dalam bilik persalinan bersama rakan-rakan sepasukan selepas latihan, dengan video berjoget sambil menyarung uniform pasukan selepas kalah longlai.

Imej, identiti dan warna kelab haruslah dilindungi oleh semua orang yang mewakili kelab bersejarah ini, dan tidak digunakan sewenang-wenangnya. Penyokong dapat lihat pihak pengurusan sudah bergerak ke arah profesionalisme, jadi sudah seharusnya perkara yang sama turut mereka tuntut dari pemain-pemain yang mewakili Selangor.

Sekali lagi diulangi, apa yang dipersoalkan dalam isu ini bukanlah hobi menari Sean Selvaraj Tiktok (dan juga Aliff), tetapi keputusannya mengeluarkan kandungan sedemikian tanpa memikirkan sensitiviti penyokong-penyokong, dan juga melakukannya sambil menyarungkan identiti kelab dan berada dalam ‘waktu bekerja’.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.