Selangor FC di landasan

Selangor FC di laluan yang betul, kata Sandro

Jika pergi cara yang elok, anda sentiasa dapat kembali. Itulah yang dapat disifatkan dengan kehadiran semula bekas pemain import Gergasi Merah, Sandro da Silva. Dia turut mengingatkan penyokong untuk kekal setia bersama pasukan kerana Selangor FC di landasan yang betul.

Kredit foto Selangor FC

Pemain serangan berusia 38 tahun ini dilihat memuatnaik gambar Pusat Latihan FAS pada Selasa, 9 Februari di bahagian ‘Story’ laman Instagram beliau. Dia berkunjung ke situ, walaupun tidak dipastikan tujuan kunjungannya.

Apabila gambar tadi dimuat naik semula oleh laman selangorfans_official, pemain dari Brazil ini sendiri muncul di ruangan komen untuk meninggalkan satu pesan buat penyokong-penyokong Gergasi Merah.

“Thank you so much all of you guys for the support… I have a big respect for this club and for all the fans.. Keep supporting selangor because they they going to right way… Take care amigosssssss”

(Terima kasih semua penyokong atas sokongan anda. Saya sangat-sangat hormati kelab ini dan penyokongnya. Teruskan menyokong kerana Selangor FC di landasan yang betul.)

Kita ucapkan selamat maju jaya buat Sandro dalam kerjayanya.

Bekas pemain Kedah ini tiba di Selangor pada permulaan musim 2019 dan menghasilkan 12 gol dalam dua musim Liga Super secara keseluruhannya. Selepas meninggalkan Selangor, dia beraksi buat Sarawak United dalam Liga Premier dan membantu mereka layak naik liga musim akan datang ini.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.